Khamis, Disember 08, 2011


Biar pun cerita ni cerita lama, tapi wajib jugak ianya dikongsikan dengan korang semua. Biar korang boleh bukak mata dan baca sendiri.

Bukan apa. Semut nak kita sama - sama melihat dan berfikir sendiri, kenapa diorang ni sanggup keluar parti kalau diorang percaya kepada Si Nurul Izzah tu.

Mesti ada benda yang tak kena sehingga menyebabkan diorang sanggup tinggalkan Anak Emas Si Ketua Penipu ni. Kalau tidak, menda jadah pulak diorang nak angkat kaki.
KUALA LUMPUR: Lebih 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Lembah Pantai pada Ahad keluar dari parti berkenaan dan menubuhkan Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (SESAMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan pelbagai kaum, yang menyokong Barisan Nasional(BN).
Bekas Naib Ketua Penerangan PKR cabang Lembah Pantai Raymond Suppiah, yang mewakili semua anggota berkenaan, berkata keputusan itu dibuat setelah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar serta kepimpinan tertinggi PKR.
"Keputusan ini diambil secara rela hati. Kami tidak puas hati terhadap Nurul Izzah dan pemimpin pusat. Banyak sebab juga kami tak puas hati seperti (Anggota Parlimen Padang Serai) N.Gobalakrishnan beritahu tiada keistimewaan bagi kaum India dalam PKR," katanya kepada pemberita di Brickfields di sini.
Beliau berkata keputusan menyokong BN dibuat atas dasar parti komponen yang mewakili pelbagai kaum itu telah banyak membantu semua kaum di negara ini.
Menyentuh mengenai SESAMA, Raymond yang menyertai PKR sejak penubuhannya kira-kira 12 tahun lepas, berkata pihaknya masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Beliau yang juga Presiden SESAMA berkata kira-kira 400 orang bersetuju menyertai SESAMA setakat ini dan menyasarkan untuk mendapat 4,000 anggota baru menjelang akhir Mac ini.
Menurutnya SESAMA akan memberi tumpuan kepada kebajikan dan pembasmian kemiskinan selain mengeratkan hubungan silaturrahim masyarakat pelbagai kaum di Lembah Pantai.
Sementara itu, bekas Ketua Biro Kebajikan dan Masyarakat PKR Lembah Pantai M. Parthiban, yang dilantik sebagai Timbalan Presiden SESAMA, berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya menerusi e-mel kepada Nurul Izzah dua minggu lepas.
"Dia (Nurul Izzah) tidak membalas e-mel saya cuma dia hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) beritahu dia kenang jasa saya," katanya yang menyertai PKR kira-kira 12 tahun lepas.- BERNAMA
Dah memang jelas bahawa Si Nurul Izzah ni sebenarnya tak reti buat kerja. Jauh sekali dia pandai nak jaga anak - anak buah. Itu baru kat Lembah Pantai. Pun dia buat tak tau je.

Tapi nak buat macam mana ye tak. Dah dia memang tak reti nak buat kerja. Nak buat macam mana. Yang dia tau, menipu rakyat. Itu je yang dia reti. Yang lain hamPAS belaka!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. bapa borek anak rintik.kan bapak dia pun tak pandai buat kerja so mestilah genetik dia pun tak pandai buat kerja. cer pikir2kan betul tak?

    BalasPadam
  2. Jadilah muslimah yg soleh...sudah-sudahlah dgn politik dendam bapak engkau tu, baliklah rmh jaga suami dan anak2...dahh tentu diredhai Allah..ini perjuangan belum tentu membawa kesyurga...hidup kita ni tak lama...baliklah...baliklah...berbakti pada suami..aku tak faham..macamana sisuami pulak boleh biarkan isteri melalak kesana kesini menabur fitnah...tanggunglah dosa nanti ...nasihatilah ibu engkau Azizah tu pun sama...tak usahlah menutup pekung suaminya bapak engkau tu.... Ingat!!! Allah sentiasa memerhati, kerana kebejatan suami ibu engkau bapak engkau, seluruh rakyat Malaysia hidup dalam kegelisahan... Panas walau bumi ditimpa hujan...renung-renungkanlah... jgn disebabkan kerakusan bapak engkau..dendam kesumat bapak engkau, engkau mahu ke neraka sekali dgn bapak engkau...disana nanti, nafsi-nafsi...bapak engkau dia akan tanggung sendiri apa yg dia buat begitu juga engkau... bapak engkau tidak akan tolong engkau disana..sudah-sidahlah...baliklah...baliklah.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping