Jumaat, Disember 09, 2011

KUALA LUMPUR: Isnin dan Selasa depan – tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim – dijangka merupakan penampilan terakhir Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara.
Difahamkan, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya, lapor Malaysiakini.
Yusof (kanan) adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan.
Walaupun tarikh 1 Januari atau 1 Februari disebut sebagai hari terakhirnys, tetapi sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mempunyai banyak cuti tertunggak dan beliau hanya datang ke pejabat sekali-sekala.
“Apa pun keputusan perbicaraan kes liwat tersebut, Datuk Yusof dijangka tidak akan lagi mengetuai pasukan pendakwaan apabila keputusan diumumkan,” tambah sumber tersebut.
“Beliau akan mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau,”
Ps: Tindakan Ketua Pendakwa Raya ni letak jawatan pun katanya turut ada kaitan dengan kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap bekas pembantu khas dia jugak sebenarnya.

Mana tidak. Dalam banyak - banyak kes, inilah kes yang paling banyak sekali penangguhan yang terpaksa dilakukan ekoran alasan - alasan yang tak masuk akal.

Semuanya berpunca daripada Si Ketua Penipu tu jugak. Bukan setakat kes di Malaysia, malah di seluruh dunia, tak de lagi yang boleh kalahkan rekod kes tersebut.

Jadi, macam mana Ketua Pendakwa Raya tu tak bosan dengan dia. Setiap kali dipanggil untuk sebut semula kes, ada saja alasan yang akan diberikan.

Lepas tu, banyak pulak wayang Poo...singh yang dilakukan oleh pihak Pembelaan. Habis semua benda nak diputar belitkannya. Konon kata ada alibi, tapi tak pulak didedahkan.

Kerja diorang tak de lain. Asyik nak menipu je kerjanya. Sampai dalam mahkamah pun diorang nak menipu jugak. Tapi, nak buat macam mana. Dah itu je yang diorang tau buat pun!!!

3 ulasan:

  1. Tak payah mahkamah memutuskan pun rakyat dah tahu cacat cela si AnuGay nie. Alasan menangguhkan sidang perbicaraan yg telah banyak kali berlaku menunjukkan dia nie memang kaki penipu, peliwat dan juga penyangak. Hanya yg sama status dengan dia saja yang terus menyokongnya. Yang kaki ampu dia pun turut mengatakan dia ni baik dan telah di fitnah. Nampak sangat oooo dia ni memang Peliwat Nasional!! Sudah la peliwat dijaja diluar negara ni bahawa Malaysia ni buruk.. pemimpin kerajaan persekutuan skrg ni semuanya korup dan semuanya tak bagus macam dia. Tak akan kami benarkan kamu jadi PM Malaysia...not in a million years sebab kalau kamu memerintah Malaysia, maka Malaysia akan jadi macam Somalia!!!

    BalasPadam
  2. Makin seronoklah Nuar Gay.Dlm ceramah ceramah nanti blhlah dia kata "Saya dah menang kes".

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping