Isnin, Disember 31, 2012


Hek eleh!!! Semut sikit pun tak heran dengan jawapan yang diorang bagi ni. Memang dah menjadi kebiasaan puak - puak Pakatan Pembangkang tu menafikan perkara macam ni.

Diorang dah kantoi, takkan mungkin la diorang nak mengaku buta - buta macam tu je kan. Nak 'cover' malu punya pasal, terpaksa la diorang cakap macam ni.

Masa pendedahan dibuat oleh Mynewshub semalam pun Semut dah agak jawapan macam ni jugak akan keluar dari mulut diorang. Diorang akan kata itu bukan diorang.

Wakil diorang cakap, yang makan tu hanya penyokong - penyokong Himpunan Hijau, bukan peserta mogok lapar di dataran tu.

Heh! Diorang ingat rakyat Malaysia ni bongok sangat ke? Diorang ingat rakyat Malaysia ni dah terdedah kepada radiasi sampai tak tau yang diorang ni cuba nak putar belit cerita?

Kalau betul la yang makan tu hanya penyokong - penyokong diorang je, nampak sangat la penyokong - penyokong tu jenis manusia yang tak berperikemanusiaan.

Ada ke patut. Rakan - rakan diorang yang lain tu sanggup berlapar demi memperjuangkan sesuatu yang sia - sia, diorang boleh sedap - sedap 'mencekik' kat dalam Hotel.

Apa, tak de sifat kesian lansung ke penyokong - penyokong Kahak Hijau tu? Diorang rela ke rakan - rakan diorang tu mati kelaparan?

Kalau yang makan tu merupakan penyokong - penyokong diorang, maknanya peserta mogok lapar tu bukan la seramai 60 orang. Tapi entah berapa kerat je.

Sebab yang mentekedarah kat dalam hotel tu bukan sorang dua. Tapi ramai beb. Nampak sangat la menipunya. Jadi, tak payah la diorang nak menafikan perkara tersebut. Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
KUALA LUMPUR: Jurucakap Penganjur Himpunan Hijau: Mogok Lapar, Tan Woen Tian menafikan dakwaan sebuah portal berita bahawa terdapat beberapa aktivisnya makan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang ramai.
 
Sebaliknya, beliau berkata kesemua 20 aktivis yang menyertai mogok lapar itu masih lagi bertahan untuk tidak makan dan hanya minum air kosong sehingga kini dimana tempoh mogok tersebut sudah lebih dari 74 jam.
 
"Tidak, mereka masih mogok lapar yang makan itu hanya penyokong himpunan ini," katanya ketika ditemuiAntarapos di taman berhadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - bersebelahan Dataran Merdeka, malam tadi.  
 
Aktivis himpunan terbabit yang menyertai mogok lapar sejak Khamis lalu berikrar akan berlapar selama 100 jam demi menuntut projek Lynas dibatalkan.
 
Bagaimanapun niat itu dipersoalkan apabila sebuah portal melaporkan aktivis mogok itu dikesan makan secara senyap-senyap. 
 
Malah, sebuah portal berita turut mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukkan aktivis terbabit. 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping