Isnin, Disember 31, 2012

Sorry Ye Lofa... Pinjam Gambar... Hehehe... 

KADANGKALA nak tergelak pun ada bila tengok macam-macam ragam orang sekeliling CAK. Selama ini CAK lebih banyak bercerita perihal artis, sesekali tak salah rasanya kalau jentik mereka yang berkhidmat untuk artis.

Oops... pembetulan. Bukan jentik, tapi sekadar usik-usik manja. Banyak kali CAK perhatikan sikap beberapa jurusolek artis suka memburukkan antara satu sama lain.

Masing-masing cuba mempertahankan kreativiti mereka dengan memperendahkan keupayaan pesaing. Tidak cukup dengan itu, habis cerita peribadi dijaja.

Memang itu boleh jadi modal menarik untuk menjatuhkan pesaing. Apatah lagi kalau disampaikan pada artis dan rakan media.

Yang CAK tak tahan, yang bercerita bukan main semangat dan esoknya, insan yang diperkata itu mengata dia balik. Kira pakat berbalas, nampak sangat berbulu antara satu sama lain.

Bila bercerita, siap muncung mulut tanda meluat yang amat sangat. CAK yang kebetulan terdengar perbualan itu terpaksa tahan tawa. 

Teringat sehari sebelum itu, CAK jadi tempat musuhnya luahkan perasaan.Apa yang nak dikecohkan. Rezeki masing-masing sudah tertulis. 

Mereka ada nama dan biasa solek artis terkenal tanah air. Tak perlu rasa iri hati atau dengki sebab masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Ps: Inilah yang dikata dek peribahasa orang Melayu tu. Mulut tempayan boleh la kita tutup, tapi mulut manusia ni kena tahan je la!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping