Rabu, Januari 30, 2013


Polis menahan seorang wanita tempatan dan lima lelaki Afrika yang disyaki terlibat dalam kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian RM515,095 di dua tempat di Lembah Klang pada 15 dan 16 Januari lepas.

Ketua Unit Siasatan Perisian Komputer Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman DSP Mohamad Lazim Ismail berkata wanita berumur 45 tahun itu ditahan ketika cuba mengeluarkan wang transaksi daripada akaunnya di sebuah mesin pengeluaran wang di bank pada pukul 3 petang 15 Januari.

"Pihak bank sebenarnya telah menghalang akaun itu daripada aktiviti pengeluaran wang kerana mengesyaki wang di dalam akaun wanita itu terlibat dalam kes penipuan dalam talian.

"Kami menemui beberapa buku bank daripada wanita itu yang dipercayai dijadikan keldai siber, jadi apa-apa bukti dan semua kesalahan yang berkaitan sindiket itu diletakkan terhadap wanita terbabit," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Susulan itu, kira-kira pukul 1 pagi, polis menyerbu sebuah rumah di Puchong dan menahan lima lelaki Afrika serta merampas beberapa komputer riba, telefon bimbit dan alat perkakasan komputer yang lain.

"Kelima-lima lelaki yang berumur 22 hingga 30 tahun itu merupakan pelajar sebuah kolej swasta di ibu Negara," katanya.

Mohamad Lazim berkata kegiatan sindiket itu bermula apabila syarikat A membuat urusan perniagaan dengan syarikat B yang menjalankan perniagaan penipuan iklan di laman-laman web termasuk urusan pembayaran wang menerusi kaedah e-mel.

"E-mel yang dihantar mengandungi arahan pembayaran dan nombor-nombor akaun bank di mana bayaran yang sepatutnya dimasukkan. Namun dalam situasi ini suspek akan menggodam dan mengubah nombor akaun yang terdapat dalam e-mel yang dihantar syarikat A.

"Suspek akan memasukkan nombor akaun baharu milik suspek tanpa pengetahuan syarikat A. Apabila syarikat B menerima e-mel itu dan membuat pembayaran seperti dalam arahan e-mel tanpa menyedari nombor akaun berkenaan telah diubah oleh sindiket asing," katanya.

Beliau berkata wang yang dimasukkan dalam akaun lain itu akan diambil oleh keldai siber (wanita) dan menyerahkan kepada sindiket berkenaan.

Mohamad Lazim berkata sindiket itu berjaya ditumpaskan berikutan tindakan segera syarikat antarabangsa yang membuat laporan menerusi bank luar negara berkenaan yang menghubungi bank di Malaysia. - seterusnya...

Ps: Huh! Tahan la dari jadi macam puak - puak Parti Angguk Saja tu ye tak. Diorang tu jadi keldai DAPigs je layaknya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping