Rabu, Januari 30, 2013


Jaga - jaga!!! Ahli Parlimen Lembah Pantai ni dah mengamuk. Lama sangat dah dia duduk dalam peti sejuk, tu pasal la dia mengamuk hari ni.

Tapi yang herannya tu, dia mengamuk dengan DBKL berkaitan dengan kes yang dah selesai di Mahkamah. Tinggal lagi dia ubah nada suara dia je.

Kata dia kehadiran KeAdilan dalam isu tu hanya untuk mendesak DBKL ambik tindakan dan memantau projek tersebut. Jadi, bukan la dia desak sangat DBKL tu.

Huh! Memang itu je la kerja yang dia boleh buat pun sebenarnya. Nak buat benda lain dia tak reti. Asyik mempertikaikan orang je la!!! Kalau tidak pun, dia menipu. Bukannya dia ada kerja lain!!!
KUALA LUMPUR 29 Jan: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju bertanggungjawab insiden tanah runtuh dan banjir lumpur yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Pasir ekoran projek pembinaan 68 unit banglo di lereng Bukit Gasing, Kampung Pantai Dalam, dekat sini. 
Beliau mendedahkan sikap pasif DBKL terhadap aduan dan keluhan penduduk sekitar kawasan pembangunan ekoran wujudnya konflik kepentingan antara DBKL dan pemaju, Amona Development Sdn Bhd. 
Nurul Izzah berkata, KEADILAN pernah membawa rungutan penduduk Kampung Pasir tahun lepas, namun semalam Datuk Bandar Kuala Lumpur memberi respon mengecewakan dan menyalahkan penduduk. 
“Datuk Bandar jawab projek berkenaan tidak boleh dibeli kerana kes itu sudah menang di mahkamah. Konon takut nanti duit rakyat pula digunakan,” katanya pada sidang media di pintu masuk tapak pembinaan oleh pemaju Gasing Meridian Sdn Bhd, di sini, hari ini. 
“Malah katanya lori keluar masuk menyebabkan debu lalu mereka tidak boleh membaiki kerosakan tanah. 
“Kita bukan desak DBKL batalkan projek tetapi kita desak pantau dan ambil tindakan terhadap pemaju yang tidak membaik pulih kerosakan serta merta,” ujar Naib Presiden KEADILAN itu. 
Menurutnya, projek pembangunan yang melingkari 57 ekar itu menyebabkan berlaku kes tanah runtuh, banjir lumpur di Kampung Pasir dan Institut Pengajian Bahasa di Lembah Pantai dan Pantai Hillpark. 
“Dalam projek itu, DBKL terlibat dengan pembangunan meliputi Bukit Gasing dan kawasan sekeliling. 
“Kejadian tanah runtuh pula berlaku di keseluruhan kawasan bawah pengawasan DBKL sedangkan DBKL sepatutnya memantau semua projek dalam kawasannya. 
“Kehadiran KEADILAN untuk memberi tekanan dan hanya boleh buat keputusan tetapi DBKL mesti segera bertindak,” tegas Nurul Izzah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping