Ahad, Julai 07, 2013


Ingin SH peringatkan kepada mereka yang berkenaan. Morsi bukan Diktator. SH tidak ada niat sama sekali nak menghukum Morsi atau menyalahkan beliau.

Dalam artikel sebelum ini, SH hanya sekadar nak memperingatkan diri kita bahawa apa yang berlaku terhadap Morsi adalah refleksi kepada tindakan Si Ketua Penipu tu.

Sebabnya mudah. Selama hari ini, puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang sibuk menjadikan Revolusi Rakyat di Mesir sebagai Model untuk menggulingkan Kerajaan.

Mereka menganggap Arab Spring yang dibuat diluar Negara itu adalah satu tuntutan yang perlu diikuti oleh Malaysia dimana suara rakyat lebih tinggi dari yang lain.

Kita perlu ingat! Di Mesir, walaupun wujud sistem Pilihan Raya, namun mereka tetap mengadakan Pilihan Raya Presiden. Kemudian Presiden akan memilih barisan kabinet dia.

Berlainan dengan Malaysia dimana rakyat diberi hak untuk memilih wakil rakyat mereka sendiri dan kemudian Perdana Menteri akan memilih mereka yang layak jadi Menteri.

Sesungguhnya, dasar demokrasi di Malaysia ini lebih luas pengertiannya dari apa yang berlaku di Mesir. Di Mesir, demokrasinya dipaksa. 

Di Malaysia, ianya memang dah lama sinonim dengan rakyat. Di Mesir, demokrasi dicampur dengan pengaruh dari luar. Di Malaysia, pengaruh luar itu dapat dikekang.

Kita juga perlu ingat! Bantahan yang dibuat hari ini adalah terhadap penahanan Morsi dan penggulingan Presiden Mesir itu dibuat secara paksaan.

Sebelum ini, rakyat yang tidak menyokong Morsi sendiri pernah menghantar memorandum dan mendesak Morsi meletakkan jawatan. Itu sebab pegawai - pegawai dia ambik tindakan.

Mereka masing - masing meletakkan jawatan disebabkan mereka hormat kepada keputusan rakyat yang mahukan pilihan raya semula.

Jangan disalah anggap. Bantahan yang berlaku hari ini adalah bantahan terhadap tindakan tentera yang menggulingkan Morsi dengan secara paksa.

Hakikatnya, rakyat Mesir masih mahu Morsi meletakkan jawatan. Tetapi dengan cara rela hati. Bukan dengan cara paksaan. Itu sebab Sheikh Al - Azhar juga turut membantahnya.

Dalam gerakan sebelum ini, Sheikh Al - Azhar sendiri telah memberikan pandangan mereka bahawa Morsi perlu letak jawatan kerana Kegagalan dia menjaga Kebajikan Rakyat.

Mereka semua berpendapat bahawa Morsi GAGAL menangani masalah ekonomi, kewangan dan mengawal harga barang dengan lebih efektif walaupun sudah 2 tahun memerintah.

Bayangkan. Dulu sewaktu sebelum revolusi, harga roti hanya sekadar 50sen. Selepas revolusi, harga meningkat 1.50sen. Sekarang, sudah mencecah 5ringgit.

Harga daging pun begitu juga. Dulu sewaktu sebelum revolusi, sekilo daging hanya RM 3. Sekarang harga daging dah mencecah RM 25 sekilo!!!

Itu yang menyebabkan rakyat mendesak agar Morsi meletakkan jawatannya sebagai Presiden dan meminta agar Pilihan Raya Umum dilaksanakan semula.

Jadi, perlu dijelaskan disini bahawa Morsi bukannya Diktator. Tetapi ketidakcekapan beliau menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan terdesak. Namun keengganan beliau yang menyebabkan keadaan bertambah runcing!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping