Ahad, Februari 23, 2014


Sepanjang malam semalam, terfikir pulak mengenai perkara ni. Terasa pulak nak melontarkan persoalan mengenai perkara ni kepada korang supaya dapat difikirkan sama - sama.

Dah hampir sebulan Si Ketua Penipu tu berkempen di Kajang. Macam - macam janji dah dia taburkan kepada penduduk di Kajang serta seluruh Negeri Selangor tu secara tak lansung.

Kiranya, macam - macam benda dia nak buat KALAU dia menang dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang tu nanti. Janji dia bagaikan bulan dan bintang. Semuanya orang Kajang boleh dapat.

Tapi kan, kan.. korang tak pelik ke? Dah berapa lama Si Ketua Penipu tu jadi wakil rakyat. Kenapa selama hari ni dia nak buat apa yang dia janjikan kepada rakyat di Kajang? Sebab dia bukan wakil rakyat Kajang?

Itu jawapan korang? Habis, macam mana pulak dengan rakyat di Permatang Pauh? Kenapa dia tak nak buat semua benda tu kat Permatang Pauh sedangkan dia dah jadi wakil rakyat kat sana selama berpuluh - puluh tahun.

Nak kata sebab Kajang tu dibawah pentadbiran Rejim Pakatan, tak masuk akal beb. Sebab di Permatang Pauh pun, masih lagi dibawah pentadbiran Rejim Pakatan jugak. Lagi senang dia nak buat kerja.

Sebelum ini, Si Ketua Penipu tu janji nak memartabatkan Islam di Kajang. Kenapa dia tak buat perkara yang sama di Permatang Pauh? Islam sangat dah ke orang di kawasan tu?

Si Ketua Penipu tu jugak turut berjanji nak ubah perlembagaan Negeri yang ada kaitan dengan isu penggunaan kalimah Allah supaya ianya menjadi lebih relevan. Tapi di Pulau Pinang, kenapa dia tak nak ubah?

Di Pulau Pinang, masih jugak digunakan perlembagaan yang sama. Kenapa dia tak nak sentuh pulak mengenai isu tu? Kenapa dia nak sentuh isu tu di Kajang je? Kan pelik tu.

Kenapa dia pilih Kajang untuk melakukan semua yang dia janjikan? Semuanya sebab dia nak bertanding. Itu je sebabnya. Lepas dia habis bertanding, Kajang akan jadi macam Permatang Pauh jugak akhirnya.

Kajang akan ditinggalkan dengan alasan Si Ketua Penipu tu banyak urusan lain yang nak diuruskan. Kajang akan dipinggirkan sebab Si Ketua Penipu tu banyak kes mahkamah yang perlu dia hadiri.

Andaikata itulah yang penduduk Kajang nak sangat, pilih la Si Ketua Penipu tu. Buktikan yang kajian UMCEDEL tu benar dan hina la puak - puak Parti Angguk Saja tu seadanya. Memang itu je buah yang sewajarnya diorang terima. Bila semuanya dah porak peranda nanti, jangan salahkan orang lain pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Seperkara lagi yg SH patut lontarkan kepada pengunjung blog anda dan orang Kajang ialah mengenai kesanggupan 'pengundi Kajang' keluar mengundi sekali lagi setelah Anwar Ibrahim terlucut jawatan ADUN Kajang apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah kerana meliwat bekas pembantunya.
    Tanya jangan tak tanya.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping