Ahad, Februari 23, 2014


Hehehe!!! Tak sangka pulak puak - puak Pakatan Haramjadah ni boleh ketar lutut bila dengar nama Chew Mei Fun ni. Apa yang dia TAKUT sangat dengan wanita dari MCA ni tak tau la.

Tapi dengar katanya puak - puak Pakatan Haramjadah tu TAKUT nak berhadapan dengan Chew Mei Fun sebab dia lebih bermoral dari Si Ketua Penipu tu. Sikap dia yang tegas dari segi moral tu mampu menewaskan Si Ketua Penipu tu di Kajang.

Tapi, kot ye pun diorang TAKUT dengan calon wanita dari MCA ni, takkan la sampai tahap nak hina kaum wanita dan disifatkan sama dengan 'Kambing untuk disembelih'? Hina sangat gayanya.

Apa yang pasti, puak - puak Pakatan Haramjadah tu mula hilang arah dan cuba nak memecah belahkan kepercayaan rakyat terhadap calon yang diketengahkan oleh BN> Semuanya sebab diorang sendiri TAKUT dengan bayang - bayang sendiri.

Itu je kesimpulannya. Biar pun sebelum ini diorang kata diorang sedia menghadapi siapa sahaja yang jadi calon, tapi hakikatnya diorang TAKUT jugak rupanya. Diorang ingat diorang akan diberi laluan mudah. Tapi ternyata, diorang akan berhadapan dengan isu moraliti. Itu yang diorang TAKUT sangat tu!!!
KAJANG: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menghina golongan wanita dengan mempersoalkan calon Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil (PRK) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan menggelarnya sebagai kambing hitam bagi Barisan Nasional (BN), kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata, Chew yang juga Naib Presiden MCA merupakan seorang pemimpin yang dipercayai dengan rekod kerja dan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Beliau berkata, dengan penghinaan itu dapat menunjukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memenangi pilihan raya kecil 23 Mac , Zuraida hanya memperlihatkan keangkuhan PKR.

Sehubungan itu, Liow menyeru kepada pengundi di Kajang untuk memberi pengajaran kepada PKR dengan menolak Anwar pada PRK 23 Mac.

"PKR dengan mengisytiharkan kemenangan walaupun sebelum hari penamaan calon telah menunjukkan langsung tidak memperdulikan demokrasi dan menghormati pengundi," kata Liow selepas bertemu dengan penduduk Kajang dan pemimpin serta ahli-ahli MCA di sini.

Chew sebagai calon PRK Kajang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Itu maknanya dihati kecil mereka ada kesedaran bahawa 'moral' si penipu tu memang tercemar. Mereka orang dalam, tentulah mereka tahu banyak hal dan tak dapat menipu diri sendiri.

    Manusia memang boleh tipu siapa saja, tapi manusia tak mampu tipu diri sendiri.

    Walau bagaimanapun, kerana Allah swt telah menutup hati-hati mereka drpd berkata benar, maka mereka lajakkan sajalah apa yg terlintas difikiran mereka yg disarangi syaitan.

    Golongan yg masih mempertahankan Anwar adalah manusia yg telah tidak mendapat hidayah Allah swt.
    Lainlah seperti Ezam, Zulkifli Nordin, Chandra Mudzafar dan ramai lagi yg sedar awal dan diberikan hidayah oleh Allah swt, lalu mengucapkan sayonara kpd si penipu nombor wahid itu.
    Wallahhua'lam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping