Jumaat, Februari 21, 2014


Alahai!!! Kesian sungguh la melayan Kak Wan Omega ni. Dalam keadaan sekarang ni, memang sedih sungguh bila mengenangkan nasib Kak Wan. Serba salah pulak dibuatnya.

Dalam keadaan sekarang ni, kita faham sangat dengan situasi Kak Wan. Nak dibuang, suami. Kalau tak diluah, orang kata macam - macam pulak. Semuanya tak kena belaka.

Tapi itulah nasib yang Kak Wan Omega ni perlu tanggung. Semuanya salah suami dia sendiri. Suami dia yang suka cari pasal tak arah. Tapi dia pulak yang nak kena tanggung semua sekali.

Macam yang pernah kita bahaskan dulu. Nasib Kak Wan jadi macam sekarang ni semuanya sebab suami dia sendiri yang ada nafsu buas. Suami dia yang buat kerja yang bukan - bukan.

Dulu, suami dia jugak yang menggatal buat skandal dengan bekas pemandu sampai dikantoikan oleh puak - puak DAPigs tu dalam dewan Parlimen. Sebab tu suami dia kena pecat.

Lepas tu suami dia jugak yang tak boleh kawal nafsu berhadapan dengan Chinadoll dan tertinggal jam Omega dalam bilik apartmen. Kak Wan jugak yang kena 'back-up' bila ditanya oleh pihak media.

Sekarang, suami dia punya pasal jugak la yang membuatkan Kak Wan tu serba salah nak buat pilihan sama ada nak sokong suami sendiri atau pun anak buah kesayangan dia sendiri.

Semua orang tau yang Kak Wan lebih mesra dan mudah berurusan dengan Khalid jika hendak dibandingkan dengan Si Azmin tu. Dah tak pasal - pasal Kak Wan terpaksa berkorban sekali lagi.

Maka tidak salah jika kita katakan bahawa kenyataan yang Kak Wan keluarkan ni hanya sekadar nak menyelamatkan diri dia sendiri. Semuanya sebab TERPAKSA. Bukannya Kak Wan betul - betul ikhlas sangat pun!!! Baik diam lagi bagus. Tak memalukan diri sendiri!!!
KAJANG: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu "membantu" Selangor namun menegaskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempunyai rekod cemerlang sebagai Menteri Besar negeri itu. 

"Untuk (Anwar) menjadi menteri besar belum tentu lagi, memang sebab kita hendak tawarkan Anwar untuk berkhidmat kepada rakyat di peringkat (DUN)," kata beliau kepada Antarapos. 

"Tan Sri Khalid sudah mengendalikan kerajaan negeri dan kita sudah tengok sebagai Menteri Besar Selangor... tidak ada cacat cela, tidak pernah ambil duit tanah dan sebagainya. Kehadiran Anwar pula di (DUN Kajang) adalah untuk membantu," tambah beliau. 
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Yaa lah tu Kak Wan, kehadiran suami bohsia hang tu untuk membantu Khalid G untuk mencukur habis simpanan RM3beliun duit rakyat Selangor. Satu sen pun tak tinggal lagi...botak macam totoi bengkok laki hang tu....kahkahkah....

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum wmt,
    Anwar terpaksa 'rompak' jawatan MB dari Khalid demi keselesaan Azmin Ali yg selamanya tidak disenangi oleh Wan Aziah. Sebabnya ramai yg tahu. Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berada pada kedudukan 'seorang isteri'.
    Sementara si Khalid yg sangat disanjung Wan Azizah adalah dari kem sama bersama Nuruljijah.

    Antara Khalid, Wan Azizah dan Nuruljijah dgn Azmin, Anwar terpaksa mendahulukan kehendak Azmin. Kenapa dan mengapa tentu ramai yg boleh menekanya.

    Maknanya, demi Azmin, Anwar terpaksa ketepikan mereka bertiga. Kenapa? Adakah Anwar takut kalau-kalau Azmin melompat meninggalkan Anwar dan membocorkan bermacam rahsia sejak dulu, kini dan selamanya?

    Malang, kekecohan dalaman antara Anwar dengan Azmin, Khalid dan Wan Azizah, Anwar melebarkan masalah itu kpd rakyat Kajang untuk menentukan percaturan politik dalaman PKR.

    Inikah contoh kepimpinan yg kononnya 'bertuankan rakyat?'
    Kerana gagal mengurus parti sendiri dgn baik gara-gara percakaran sesama orang penting, maka rakyat diajak bersubahat menyelesaikan politiking dalaman PKR.
    Apa pentingnya masalah dalam PKR itu kepada rakyat Kajang, mahupun rakyat Selangor?

    Sendiri punya masalah, sendirilah yg tanggung. Berani buat berani tanggung....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping