Isnin, Februari 16, 2015

Mungkin dah pekak digelar sebagai pemimpin MUNAFIK membuatkan Si Menteri Besar Selangor tu mengambil tindakan membatalkan projek Lebuhraya Kidex tanpa sebarang penjelasan.

Kata Si Menteri Besar Selangor yang baru tu, pihak syarikat konsesi pembinaan lebuhraya tersebut gagal untuk menepati syarat - syarat yang telah ditetapkan oleh Rejim Pakatan Selangor.

Persoalannya, syarat - syarat apakah yang telah ditetapkan oleh Si Menteri Besar Selangor yang baru tu sehingga membuatkan syarikat konsesi tersebut tidak mampu untuk memenuhinya?

Sewajarnya, perkara itu diperjelaskan kepada rakyat agar mereka mudah memahami dan tidak mencurigai tindakan drastik yang dilakukan oleh Rejim pimpinan Si Menteri Besar Selangor yang baru tu.

Isu pembinaan projek Lebuh Raya Kidex itu mula dibangkitkan sewaktu Si Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar dan ianya bukan sahaja mendapat bantahan dari rakyat disekitar kawasan itu sahaja.

Bahkan projek pembinaan lebuh raya itu juga turut mendapat tentangan dari kalangan pemimpin - pemimpin Pakatan sendiri. Terutama bagi puak - puak DAPigs yang lantang mempertikaikannya.

Tindakan yang "Luar Biasa" itu dilihat oleh sesetengah pihak bahawa mereka mempunyai kepentingan yang tersendiri. Maka sebab itu bantahan tersebut dilakukan secara terbuka terhadap Khalid.

Sehinggakan mereka turut menjadikan alasan pembinaan Lebuh Raya tersebut sebagai modal untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dengan menjaja cerita yang bukan - bukan.

Mereka menuduh Khalid Ibrahim telah mengabaikan prinsip perjuangan Pakatan dan tidak mengendahkan tuntutan serta suara rakyat diperingkat akar umbi yang membantah projek tersebut.

Jadi, itu persoalannya. Kenapa pulak diorang beria - ia bantah projek pembinaan lebuh raya tersebut? Adakah mereka mempunyai sebarang kepentingan dalam isu itu selain dari kepentingan Politik semata - mata?

Jika benar puak - puak Pakatan Haramjadah tu memegang kepada prinsip mendengar suara rakyat diperingkat akar umbi, kenapa mereka tak pedulikan lansung bantahan yang dibuat oleh penduduk sekitar Ampang?

Kenapa Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Menteri Besar yang baru tu tidak mengendahkan tuntutan yang disuarakan oleh penduduk dan sebaliknya menuduh mereka sebagai golongan RASIS?

Kesimpulannya, Si Menteri Besar Selangor yang baru tu dilihat mempunyai 'Udang Disebalik Batu' apabila membatalkan projek Kidex tu secara tergesa - gesa sedemikian rupa. Jika tidak, kenapa pulak dia TAKUT untuk dedahkan KEBENARAN!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Saya dah linkkan blog hebat tuan di blog saya. Mohon sudi kiranya tuan linkkan blog saya www.tekookopi.blogspot.com di blog tuan..terima kasih.

    BalasPadam
  2. lebuhraya tak seberapa ela....dibatalkan. terowong bawah laut....diteruskan. projek mega. masyuuuukk.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping