Selasa, Januari 30, 2018

Itu persoalannya. Tatkala Si Khalid Samad tu tampil memperlekehkan Presiden PAS yang dituduh 'Sombong dan Angkuh', akhlak Politik dia pula yang turut dipersoalkan pada ketika ini.

Terdahulu, Khalid Samad mendakwa perangai buruk Hadi Awang itu akan menyebabkan PAS hilang kepercayaan dan rasa hormat rakyat terhadap parti itu akan semakin bertambah merosot.

Antara lain, Si Khalid Samad tu membuat dakwaan kononnya Hadi Awang seorang yang suka memperlekehkan orang lain secara terbuka selain dari bersifat sombong dan angkuh.

Soalnya, adakah Si Khalid Samad tu lebih baik dari apa yang diperkatakan terhadap Hadi Awang? Adakah Politik Si Khalid Samad tu jauh lebih suci jika hendak dibandingkan dengan Presiden PAS tu?

Sebagai perbandingan, seharusnya diingat bahawa Si Khalid Samad itu sendiri bukanlah seorang ahli politik yang gemilang rekodnya dimana dia kalah dalam PRU sejak tahun 1987 sehingga 2004.

Hakikatnya, Si Khalid Samad itu hanya seorang ahli politik ‘gempaq’ kerana rajin memanfaatkan isu - isu yang kontroversi demi mempertahankan kedudukannya dalam Politik. 

Meremehkan wibawa Hadi adalah salah satu contohnya. Mempergunakan isu penjualan arak di Selangor dan menabur fitnah terhadap Hasan Ali juga merupakan contoh amalan Politik Khalid.

Sebagai rekod, mahkamah telah memerintahkan Si Khalid Samad tu membayar denda sebanyak RM 200 ribu kepada Hasan Ali sebagai pampasan terhadap fitnah yang disebarkan sebelum ini.

Apabila kumpulan profesional dalam PAS kalah teruk dalam Muktamar tiga tahun lalu, Khalid serta rakan - rakannya mengambil keputusan meninggalkan PAS dan menubuhkan parti PAN.

Dan semenjak itu, kerja mereka hanya sekadar memperlekehkan PAS dan memburuk - burukkan imej serta menabur fitnah terhadap pemimpin parti itu secara terbuka diatas pentas Politik.

Pokok pangkalnya, tak usah la Si Khalid Samad tu nak tunjuk yang dia suci sangat jika nak dibandingkan dengan orang lain. Elok dia ukur diri dia sendiri dulu. Jangan sibuk nak burukkan orang lain sedangkan dia sendiri pun bergelumang dengan taik!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Khalid meroyan sakan sbb shah alam bakal melayang

    BalasPadam
  2. melayang entah kemana dan akan di tangkap juga disambut semula olehhh orang lama padan muka tak cermin kebolehan diri

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping