Khamis, Februari 08, 2018

Pada asasnya, Rafizi telah melanggar Akta BAFIA dengan mendedahkan penyata bank persendirian syarikat NFC untuk membuat tuduhan yang kemudiannya dibuktikan di mahkamah sebagai palsu.

Undang-undang BAFIA sangat jelas di sini. Sekiranya anda mendedahkan penyata bank orang lain, maka anda telah melanggar undang-undang. Rafizi sendiri tahu mengenai perkara ini.

Mengapakah dia harus dikasihankan apabila dia secara sukarela dan sengaja melanggar undang - undang hanya semata - mata untuk menabur fitnah terhadap orang lain?

Rafizi membuat tuduhan secara umum bahawa NFC Corp telah menyalahgunakan pinjaman mudah (soft loan) RM250 juta untuk membeli kondominium mewah dan bukannya untuk membiak lembu.

Bagaimanapun, syarikat NFC mempertikaikannya dan menyaman Rafizi kerana fitnah – kes yang dimenangi NFC di mahkamah tinggi. Rafizi kemudian terpaksa membayar ganti rugi RM300,000 kepada NFC.

Disebabkan ini, Rafizi menjadi popular dan sebutan orang ramai. Dia kemudian diberikan kerusi Parlimen Pandan untuk bertanding dalam PRU13, yang dia menang dan telah meraih gaji bebas cukai bulanan sebanyak RM29,000 sejak itu.

Malangnya, fitnah Si Rafizi itu tidak hanya berakhir disitu sahaja. Malah tabiat suka menabur fitnah itu mula berkembang biak dan diamalkan secara harian sejak dia menjadi Ahli Parlimen.

Pelbagai pihak dan agensi mula menjadi sasaran amalan fitnah Si Rafizi sejak dari itu. Termasuk Tabung Haji yang didakwa menghadapi kesulitan kewangan dan bakal bankrap.

Tindakan Si Rafizi itu membawa kepada ramai jemaah dikalangan pengikut Pakatan mengeluarkan simpanan mereka dan kehilangan tempat dalam giliran mengerjakan ibadah haji.

Tambah memburukkan keadaan, amalan fitnah Si Rafizi ini juga melibatkan pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri. Dia pernah menabur fitnah terhadap Khalid Ibrahim.

Malah, Rafizi juga pernah menuduh pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin Ali terlibat dalam skandal penyalah-gunaan kuasa yang turut melibatkan Rasuah Betina sebelum ini.

Maka persoalannya tetap sama. Kenapa perlu kita kasihankan seorang Kaki Fitnah seperti Si Rafizi ni dengan memberikan sumbangan kewangan kepadanya? Adakah rakyat Malaysia hari ini menyokong kerja - kerja fitnah yang dilakukan???
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping