"...sekadar gambar hiasan..."
Penyelarasan minyak yang telah dilaksanakan jam 12 malam kelmarin menimbulkan pelbagai pandangan. seperti yang dijangkakan, spekulasi yang dikeluarkan oleh masyarakat umum kebanyakkannya negatif belaka.
Tipikal. Itulah corak pemikiran masyarakat Malaysia. Walaupun harga minyak negara jauh lebih murah dan mudah untuk diperolehi dari beberapa negara - negara jiran, namun mereka tidak mempedulikannya.
Demikianlah kekesalan yang pernah dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam Biografinya di History Channel tidak lama dahulu. Beliau menyatakan bahawa kegagalan beliau dalam mendidik rakyat terutamanya Melayu adalah kegagalan beliau yang terbesar.
Mana tidaknya. Kerajaan hanya menarik semula RM0.05 sen sahaja dari subsidi minyak, itu pun dah ramai yang bising. Bukannya mereka memikirkan perkara ini dari sudut yang positif. Jauh sekali untuk meredhai ketentuan Allah S.W.T yang pastinya menaikkan tahap keimanan kita kepada Yang Maha Menentukan.
Renungkan. Dari RM 0.05 sen yang diambil dari subsidi minyak itu dapat menjimatkan lebih kurang RM 730 juta perbelanjaan Negara. Walau bagaimana pun, Kerajaan masih membelanjakan sebanyak RM7.8 Billion untuk menampung keperluan minyak dalam negara.
Cuba bayangkan. Berapa banyak perkara kebaikkan yang dapat kita lakukan dengan wang simpanan sebanyak RM730 juta itu dimasa akan datang. Pembangunan Ilmu, pendidikan, tahap ekonomi dan pelbagai lagi dapat di tingkatkan dengan penjimatan sebanyak itu.
Mampukah kita secara individu untuk menyimpan RM0.05 sen sehari dan gunakkannya ke arah kebaikan?
Fikir - fikirkan lah.
Buat apa kita nak berkira sangat dengan kenaikan harga Rm0.05 sedangkan kita banyak membazirkan wang dengan membeli barang2 tidak berfaedah dan sia sia. Jadi apa salahnya kita berkorbankan untuk membantu negara. Kita kena berfikiran secara positif..bukan nya negatif. Kalau kita berfikiran negatif, Alamatnya negara kita tak akan ke mana2. Negara kita akan rapuh dan mudah menerima masalah yang kita anggap remah selama ini. Oleh tu, saya berharap semua masyarakat bersama-samalah berkorban untuk kebaikan bersama. Jangan kerana Rm0.05 kita mudah melenting.
BalasPadamwan:-