Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Siaran berita awal pagi tadi memaparkan satu sidang ICAPP (International Conference of Asian Political Parties) yang menggesa PBB menangani masalah kemiskinan dunia.
Turut hadir dalam sidang tersebut ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Shahidan Kassim dan Presiden MCA Malaysia, Dato Seri Choi Soi Lek.
Maka, dalam sidang tersebut juga turut disebut bahawa Malaysia diantara Negara yang berjaya menangani masalah kemiskinan penduduk sejak 50 tahun Merdeka.
Kaedah yang spesifik yang turut diberi perhatian ialah dengan mewujudkan kawasan - kawasan pertanian untuk diusahakan oleh penduduk tempatan boleh dijadikan sebagai model pembangunan penduduk miskin.
Secara tidak lansung Felda dan Felcra diminta untuk berkongsi dengan dunia bagaimana mereka menjalankan operasi dalam perkara ini.
Semut rasa, penduduk kawasan Felda bukanlah dari golongan orang yang tidak bersyukur kerana mereka sesunguhnya terdiri dari kalangan orang - orang yang bertuah sebenarnya.
Janganlah terikut sangat dengan desakan segelintir manusia yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada nikmat Allah S.W.T seperti gerakan ANAK yang menjaja kisah serta fitnah macam - macam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.