Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hari ini, satu lagi cabang PKR di Permatang Tinggi telah dibubar apabila 56 orang ahli Jawatankuasa serta ahlinya keluar dengan menyertai UMNO Bukit Mertajam.
Timbalan Ketuanya, Ismail Md Ali mengatakan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap PKR dan juga janji - janji manis yang dibuat selama ini.
"...Selepas menang Pilihanraya di Machang Bubok dua tahun lepas, tidak ada satu pun janji mereka yang tertunai..."
Mereka juga dilaporkan kecewa dengan ADUN Machang Bubok, Tan Hock Leong yang tidak menjalankan kerja beliau serta tidak turun padang menjenguk pengundi di peringkat akar umbi.
Berita selanjutnya, sila klik ke Laman The Star.
Nak kata apa lagi? Bak kata ibu Semut, Awak juga yang pilih dulu.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.