"...Apa Salah Ana..?"
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Usul Perpaduan Ummah masih lagi hangat diperkatakan dan dipolitikkan oleh semua pihak. Ia kembali hangat setelah tawaran yang dibuat oleh Tan Sri Harunsani dalam kesudian beliau untuk menjadi 'orang tengah' atau perantara bagi melihat usul ini menjadi kenyataan.
Susulan itu, pelbagai pihak mula menuduh Mufti Perak itu membuat fitnah dengan mengatakan bahawa ada Pemimpin dari UMNO dan PAS yang datang berjumpa beliau bagi mendapatkan pandangan serta pendapat.
Walaubagaimana pun dakwaan tersebut disangkal oleh beliau. Klik Sini. Malah, dalam posting Semut sebelum ini juga ada menyiarkan berkenaan isu tersebut. Klik Lagi.
Terbaru, Datuk Dr. Hassan Ali telah dikaitkan sebagai pemimpin PAS yang pergi berjumpa dengan Harunsani berhubung isu Perpaduan Ummah terbabit. Beliau yang sebelum ini terlepas dari diheret ke Sidang Muktamar Khas dikatakan telah pergi menemui Mufti Perak itu bagi membincangkan arah tuju Perpaduan tersebut.
Dalam tulisan Malaysian Waves baru - baru ini mendakwa ada video yang mengesahkan bahawa Hassan Ali berjumpa dengan Harusani. Demikian yang dijelaskan oleh Abdul Rahman Talib kepada Malaysiakini.
Yang Semut pelik dan hairan ialah apa salahnya? Di mana salahnya jika benar Hassan Ali pergi bertemu dengan Harusani bagi membincangkan Isu Perpaduan Ummah? Adakah bagi mereka, puak - puak Penipu Rakyat ini rasa Perpaduan Ummah serta persahabatan itu satu kesalahan yang besar? Tidak kiralah dengan sesiapa pun.
Mungkin bagi mereka, bergaduh lebih baik dari berdamai dan hidup dalam keadaan kucar - kacir lebih baik dari hidup aman.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.