Pepatah lama itu bagi menggambarkan rasa berterima kasih yang teramat sangat atas jasa orang lain. Ia juga melambangkan kerendahan hati orang Malaysia terutamanya dikalangan masyarakat Melayu. Jelas adap sopan dikalangan bangsa Malaysia ini amat tinggi dan cukup menghargai budi baik orang lain.
Sewajarnya, kita perlu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat. Sekalung budi yang mereka telah berikan selama ini wajar mendapat penghargaan. Sudah banyak yang telah mereka berikan. Maka sudah sampai masanya kita membalas segala budi baik yang telah mereka taburkan.
Malah yang terbaru, PKR telah mengadakan pemilihan julung kalinya dengan dasar demokrasi yang tinggi. Tindakan ini wajar diberikan tepukan gemuruh kerana ia sedikit sebanyak memberi jasa kepada rakyat. Malah ia turut memudahkan masyarakat untuk menilai sejauh mana kepimpinan parti tersebut mengurus tadbir.
Dengan segala kemelut pra Pencalonan Jawatankuasa Tertinggi, perebutan kerusi Jawatankuasanya, maki hamun dan membuat fitnah, semuanya merupakan sumbangan peribadi kepimpinan parti ini. Mereka lakukan segala - galanya dengan hati yang terbuka dan dengan niat yang murni. Malah tidak ada sekali pun mereka berselindung apabila memaki hamun seseorang calon yang bertanding.
Malah mereka juga didakwa menipu dengan berhemah apabila terang - terangan mengutuk calon lawan. Belum kira menipu dalam pemilihan cabang lagi. Jangan ceritalah pasal pemilihan peringkat tertinggi nanti.
Semut rasa cukup terhutang budi atas sifat kesukarelaan pemimpin Parti Keldaikan Rakyat ini. Mereka dengan sukarelanya mendedahkan kebodohan diri sendiri dan keaiban pemimpinnya kepada umum khususnya kepada rakyat. Mereka memberi peluang buat kita bermujahadah dan memuhasabahkan diri dari menjadi sedemikian rupa. Tinggal lagi, rakyat perlu menentukan sama ada mahu menerima kepimpinan ini dimasa akan datang atau tidak. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.