Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tidak perlu disangkal dan dinafikan lagi. Ianya sudah tidak perlu dipertikaikan. Sudah sah, inilah perangai yang diterapkan oleh si Ketua Penipu itu kepada ahli - ahlinya. Beliau bukan sahaja menrintih - rintih tidak dapat menerima kenyataan dipecat hampir 10 tahun yang lalu sampaikan mahu membawa perkara tersebut ke mahkamah.
Dalam pergolakkan PKR semenjak dua ini, kita dapat lihat sifat menolak hakikat dan kenyataan tanpa memikirkan khifarah Allah jelas terpapar diwajah - wajah pemimpin - pemimpin utama parti tersebut. Mereka sebaliknya hanya tahu menyalahkan orang lain daripada mengambil ikhtibar terhadap kejadian yang berlaku.
Semalam, Semut laporkan mengenai kelibat Eli Wong yang tidak puas dengan keputusan pemilihan Ketua Cabang Petaling Jaya Utara. ekoran daripada kekalahan itu, beliau membuat bantahan terhadap keputusan itu. Jelas, sifat tidak menerima hakikat ada dalam diri Ratu Bogel Parti Keldaikan Rakyat ini.
Awal hari ini, Setiausaha Agung PKR, Nasarudin Nasution turut menunding jari dengan menyalahkan ada pihak lain yang sengaja mencetuskan provokasi dibeberapa Cabang sekitar Selangor. Dalam Sinar Harian, terpampang besar dimuka hadapan mengenai perkara tersebut. Lihat gambar diatas. Ada pulak masanya orang yang buat provokasi tu nak pusing satu Selangor tu buat kecoh?
Sahlah sifat tidak dapat menerima hakikat itu memang menebal dalam diri pemimpin ini. Adakah mereka ini tergolong dalam golongan orang - orang yang turut menolak Rukun Iman Ke Enam juga? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
bukan tahu ugama pun kalau ketuanya pun peliwat tegar
BalasPadam