Selasa, Oktober 05, 2010

...Orang Luar = UMNO atau DAP???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kelewatan Semut membuat posting hari ini kerana banyak perkara yang perlu dilaksanakan di dunia nyata. Alam Metropolitan Siber ini terpaksa Semut tinggalkan buat sementara waktu dikala siang tadi. Oleh sebab itu, Semut terlepas pandang berita - berita menarik hari ini.

Salah satunya, mengenai keengganan Saifudin Nasution (Ralat: Sebelum ini Semut tulis Nasarudin, Maaf Saudara Setiausaha Agung. Hehehe...) memberi sebarang penjelasan mengenai insiden kekecohan dalam Mesyuarat Agung dan sesi pemilihan PKR hujung minggu lalu. Beliau hanya akan membuat kenyataan dalam sidang media sahaja.

Tetapi, sewaktu membaca blog The Unspinner sebentar tadi. Rupanya, dakwaan Saifuddin ada unsur luar itu bukanlah dimaksudkan UMNO sebenarnya. Sebaliknya, sahaja PKR sendiri yang juga terdiri daripada ahli DAP.

Dalam pertandingan minggu lalu, Jimmy Donald dipilih sebagai pengerusi setelah mengenepikan Ibi Anak Uding dengan lapan undi. Donald mendapat 84 undi, Ibi 76 dan calon ketiga Cobbold John Lusol hanya 10 undi

Bagaimanapun, Ibi mendakwa penyokongnya telah mengesan sesuatu yang tidak kena. “Kami mendapati lapan pengundi yang mengundi Donald adalah ahli DAP

Maka, ini juga mengesahkan berita yang Semut terima dari sahabat di Bentong minggu lepas dimana pemilihan PKR yang berjalan lancar dipenuhi oleh India. Akibatnya, habis semua jawatan kecuali Ketua Cabang sahaja yang bukan India. Mana tidaknya. Kalau dah turun mengundi tu dua tiga biji bas kaum India sahaja. Sepanjang pengetahuan sahabat Semut itu, kebanyakkan kaum India disana hanya menjadi anggota DAP sahaja yang ramainya.

Jadi, jangan salahkan orang lain. Saifuddin perlu jelaskan kepada rakyat mengenai perkara ini terutamanya dikalangan ahli. Beliau juga harus bertanggungjawab terhadap insiden serangan ke atas wakil Media yang turut trauma akibat sifat ahli - ahli yang berang dengan Pengurusan Pemilihan PKR sendiri.

Bawak - bawak la bermuhasabah sikit. Jangan terus buat dakwaan kata orang luar itu dari parti lawan Saifuddin oi. Nanti yang malu diri sendiri. Tak pasal - pasal je dah songgeh. Mana nak letak muka? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dulu mereka yang sibuk kata wujud pengundi hantu dalam PRK tapi sekarang hantu tu dah berada dalam pemilihan PKR.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping