Jumaat, Oktober 22, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Justify FullPelik tidak, Hairan pun tidak. Apa yang nak digembar gemburkan sangat oleh mereka entah lah. Apa motifnya membantah pun tak relevan. Sebab itu Semut sedikit pun tidak hairan mengapa 100,000 orang menyokong Pembinaan Menara Warisan Merdeka di halaman sosial Facebook itu.

Mana tidaknya. Bukan semua yang menjadi ahli atau menekan butang 'like' (suka) itu benar - benar menyokong. Ada juga diantara mereka yang sekadar mahu tahu perkembangan semasa dan mencari maklumat. Jadi tidak boleh kita berbangga dengan angka tersebut semata - mata sedangkan ia tidak mampu diterjemahkan dialam nyata.

Seperkara lagi yang membuatkan Semut tidak hairan dengan angka yang 'besar' itu ialah kerana media alternatif terutamanya puak - puak pembangkang hanya menyebarkan dakwah songsang semata - mata. Ada diantara yang menyebarkan maklumat dan sesi penerangan yang tidak benar. Sebagai contoh mereka katakan projek pembinaan negara itu bakal membazirkan duit rakyat. Itu satu alasan retorik yang sudah basi digunakan oleh mereka.

Seperti yang Semut nyatakan sebelum ini, bagaimana mungkin pelabur boleh dipaksa melabur jika bukan dengan kerelaan hatinya. Jadi bagaimana spekulasi mengatakan bangunan tersebut dibina menggunakan duit rakyat boleh timbul?

Satu lagi fakta yang membuatkan Semut tidak pelik dengan tindakan pembangkang serta penyokong mereka seramai '100 ribu' orang itu. Keadaan ini umpama 'Dejavu' yang pernah berlaku sewaktu pentadbiran Tun Dr. Mahathir dahulu ketika ide pembinaan KLCC dinyatakan. Lihat hari ini, KLCC telah menjadi satu ikon negara dan diiktiraf dimata dunia. Apa yang boleh mereka perkatakan lagi? Hanya terdiam malu sendiri.

Jadi, Semut ulangi. Mahu hairan apa dengan jumlah penyokong seramai 100,000 itu? Wallahualam.

fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

8 ulasan:

  1. diorang ada tanye kalau ni bukan projek kerajaan nape masuk dalam pembentangan bajet 2011?

    apasai ek?

    mintak tolong

    BalasPadam
  2. Sebagai makluman. Bukan dibentangkan. Hanya dimaklumkan.
    Kalau tak dimaklumkan lansung mereka tak tahu.
    Lagi teruk spekulasi yang akan mereka buat.

    BalasPadam
  3. a'ah gak ek? tapi dalam tu memang dia kata sekadar makluman ke? or takde diasingkan dari senarai bajet? i mean, memang diasingkan perkara ni dari bajet dengan sejelas2 nye ke?

    BalasPadam
  4. Yang pasti dimaklumkan pembinaan akan dijalankan oleh Permodalan Nasional Berhad.
    Makluman diberikan kepada ahli Parlimen. Perlu penjelasan lanjut jugak ke?
    Fikir - fikirkan lah.

    BalasPadam
  5. KLCC ada melayu yang sewa, berapa melayu yang berani sewa lot niaga yang mahal tu.

    projek tak menguntungkan melayu malah merugikan petronas nak mantain bangunan itu...

    bangga dengan bangunan tapi merugikan rakyat ibarat seronok buat mesjid banyak2 tapi jemaah kosong...kangan keliru bro

    BalasPadam
  6. Program Private Finance Initiative

    BalasPadam
  7. Penjelasan yang seperti Tuan Hamdan berikan itulah sebabnya ramai penyokong dalam laman sosial FB tu.
    Biar pun menara Warisan Merdeka itu tidak disewa oleh bukan Melayu yang untungnya nanti pelabur PNB Unit Trust. Kalau ramai Melayu yang melabur dengannya, tidakkah mereka mendapat keuntungan juga nanti?

    BalasPadam
  8. Aku jangka projek ini menguntungkan terutamanya pada PNB juga kerana projek ini pasti akan dijalankan oleh sykt-sykt yg tersenarai di BSKL dan PNB adalah pemegang saham dalam sykt tersebut.

    Kebiasaannya jika sesebuah sykt mendapat projek yg sebesar ini pasti akan menjadi pilihan pelabur untuk membeli saham sykt tersebut dan ia akan meningkatkan harga saham sykt dan akhirnya akan memberikan pulangan kepada pelabur PNB semula.

    Ini adalah rantaian ekonomi yang kita kena fikirkan dan hanya pemimpin yg mempunyai wawasan yang jauh saja yang berani untuk menjayakannya. Tahniah PM & PNB...Hidup Islam!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping