
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Pelik tidak, Hairan pun tidak. Apa yang nak digembar gemburkan sangat oleh mereka entah lah. Apa motifnya membantah pun tak relevan. Sebab itu Semut sedikit pun tidak hairan mengapa 100,000 orang menyokong Pembinaan Menara Warisan Merdeka di halaman sosial Facebook itu.Mana tidaknya. Bukan semua yang menjadi ahli atau menekan butang 'like' (suka) itu benar - benar menyokong. Ada juga diantara mereka yang sekadar mahu tahu perkembangan semasa dan mencari maklumat. Jadi tidak boleh kita berbangga dengan angka tersebut semata - mata sedangkan ia tidak mampu diterjemahkan dialam nyata.
Seperkara lagi yang membuatkan Semut tidak hairan dengan angka yang 'besar' itu ialah kerana media alternatif terutamanya puak - puak pembangkang hanya menyebarkan dakwah songsang semata - mata. Ada diantara yang menyebarkan maklumat dan sesi penerangan yang tidak benar. Sebagai contoh mereka katakan projek pembinaan negara itu bakal membazirkan duit rakyat. Itu satu alasan retorik yang sudah basi digunakan oleh mereka.
Seperti yang Semut nyatakan sebelum ini, bagaimana mungkin pelabur boleh dipaksa melabur jika bukan dengan kerelaan hatinya. Jadi bagaimana spekulasi mengatakan bangunan tersebut dibina menggunakan duit rakyat boleh timbul?
Satu lagi fakta yang membuatkan Semut tidak pelik dengan tindakan pembangkang serta penyokong mereka seramai '100 ribu' orang itu. Keadaan ini umpama 'Dejavu' yang pernah berlaku sewaktu pentadbiran Tun Dr. Mahathir dahulu ketika ide pembinaan KLCC dinyatakan. Lihat hari ini, KLCC telah menjadi satu ikon negara dan diiktiraf dimata dunia. Apa yang boleh mereka perkatakan lagi? Hanya terdiam malu sendiri.
Jadi, Semut ulangi. Mahu hairan apa dengan jumlah penyokong seramai 100,000 itu? Wallahualam.
fikir - fikirkan lah.

diorang ada tanye kalau ni bukan projek kerajaan nape masuk dalam pembentangan bajet 2011?
BalasPadamapasai ek?
mintak tolong
Sebagai makluman. Bukan dibentangkan. Hanya dimaklumkan.
BalasPadamKalau tak dimaklumkan lansung mereka tak tahu.
Lagi teruk spekulasi yang akan mereka buat.
a'ah gak ek? tapi dalam tu memang dia kata sekadar makluman ke? or takde diasingkan dari senarai bajet? i mean, memang diasingkan perkara ni dari bajet dengan sejelas2 nye ke?
BalasPadamYang pasti dimaklumkan pembinaan akan dijalankan oleh Permodalan Nasional Berhad.
BalasPadamMakluman diberikan kepada ahli Parlimen. Perlu penjelasan lanjut jugak ke?
Fikir - fikirkan lah.
KLCC ada melayu yang sewa, berapa melayu yang berani sewa lot niaga yang mahal tu.
BalasPadamprojek tak menguntungkan melayu malah merugikan petronas nak mantain bangunan itu...
bangga dengan bangunan tapi merugikan rakyat ibarat seronok buat mesjid banyak2 tapi jemaah kosong...kangan keliru bro
Program Private Finance Initiative
BalasPadamPenjelasan yang seperti Tuan Hamdan berikan itulah sebabnya ramai penyokong dalam laman sosial FB tu.
BalasPadamBiar pun menara Warisan Merdeka itu tidak disewa oleh bukan Melayu yang untungnya nanti pelabur PNB Unit Trust. Kalau ramai Melayu yang melabur dengannya, tidakkah mereka mendapat keuntungan juga nanti?
Aku jangka projek ini menguntungkan terutamanya pada PNB juga kerana projek ini pasti akan dijalankan oleh sykt-sykt yg tersenarai di BSKL dan PNB adalah pemegang saham dalam sykt tersebut.
BalasPadamKebiasaannya jika sesebuah sykt mendapat projek yg sebesar ini pasti akan menjadi pilihan pelabur untuk membeli saham sykt tersebut dan ia akan meningkatkan harga saham sykt dan akhirnya akan memberikan pulangan kepada pelabur PNB semula.
Ini adalah rantaian ekonomi yang kita kena fikirkan dan hanya pemimpin yg mempunyai wawasan yang jauh saja yang berani untuk menjayakannya. Tahniah PM & PNB...Hidup Islam!!