
...PAS Pun Ada Projek Gula - Gula???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau sebelum ini, bukan main lagi mereka menuduh UMNO dan Barisan Nasional suka menjanjikan projek segera atau lebih dikenali sebagai Projek Mee Segera setiap kali tibanya Pilihanraya Kecil.
Malah pelbagai spekulasi yang dibuat bagi menjadikan perkara tersebut sebagai perjuangan retorik UMNO/BN kononnya. Tidak kira sama ada projek itu dilaksanakan atau tidak, mereka tetap menganggap ianya sebagai 'gula - gula' untuk memancing undi semata - mata.
Malah pelbagai spekulasi yang dibuat bagi menjadikan perkara tersebut sebagai perjuangan retorik UMNO/BN kononnya. Tidak kira sama ada projek itu dilaksanakan atau tidak, mereka tetap menganggap ianya sebagai 'gula - gula' untuk memancing undi semata - mata.Tetapi lain pula apabila perkara tersebut terkena ke batang hidung mereka sendiri. Mahu atau tidak mereka terpaksa juga mengaku turut bakal melaksanakan apa yang pernah mereka perkatakan dahulu umpama 'Meludah Ke Langit, Terkena Hidung Sendiri'.
Ianya hanya gara - gara spekulasi yang dibuat dengan menyatakan bahawa pengundi sebelum ini telah tersalah pilih. Maka melatahlah si Takiyuddin Hassan dengan menyatakan bahawa Allahyarham telah berusaha membangunkan Gua Musang sebelum ini. Maka dalam masa terdekat ini projek yang diusahakan oleh Allahyarham akan dilaksanakan dan ianya akan dirasmikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Kelantan sendiri.
Mungkin benar, Allahyarham berusaha untuk membangunkan kawasan Dewan Undangan Negerinya sendiri. Namun persoalannya, kenapa baru sekarang projek tersebut mahu dilaksanakan? Bukankah beliau sendiri menyatakan bahawa projek pembangunan itu sudah dilaksanakan oleh Allahyarham semasa beliau masih hidup lagi. Kenapa mengambil tempoh dua tahun dan pada ketika Pilihanraya Kecil bakal diadakan baru mahu laksanakan projek tersebut?
'Paku dulang, paku serpih. Mengata orang, mereka yang lebih'. Sebab itu Semut selalu mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca sekalian agar berhati - hati dengan apa yang kita perkatakan. Mana tahu, satu hari nanti ia akan memakan diri. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

Sapa2 kata PAS tak buat 'projek segera' untuk PRKecil.., memang bodoh, tak tahu apa tapi saja nak bercakap.
BalasPadamProjek mee segera ni sama-sama buat. BN buat, PAS pun buat.
Aku jadi saksi bahawa masa PRKecil Pengkalan Pasir dulu, syarikat bapak aku pergi taruk 'tar' kat jalan2 kecik di kawasan tu, atas arahan kerajaan negeri Kelantan. Aku supervisornya.
Takder masaalah. Kerja siap, duit pun dah dapat..(dah abis punn.. hehehe)