
...Only A Rat Who Can Smell Another Rat...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mungkin mereka memegang teguh kepada perumpamaan Melayu, jika tidak ada rotan, akar pun jadilah. Terdesak sangat dah bunyinya kalau begitu. Apa - apa pun kepincangan, kelemahan mahupun kebodohan yang dilakukan oleh geng - geng bengap PKR itu pasti akan dikaitkan sama ada dengan UMNO atau Barisan Nasional.
Membaca blog Azli Shukri sebentar tadi, adalah sesuatu yang agak membosankan bila alasan mereka ianya ada kena-mengena dengan tali barut UMNO. Kononnya terdapat tali barut UMNO dalam Barisan Peguam Bela Anwar. Logik atau tidak tuduhan sedemikian?
Padahal kelemahan mereka, barisan peguam yang juga turut menyenaraikan Latheefa Koya merupakan punca utama. Isunya mengenai rakaman dan akuan bersumpah yang dibuat oleh Rahimi Osman dua tahun yang lalu. Adakah ianya boleh diterima akal dan munasabah untuk mereka dengan sewenang-wenangnya mendakwa bahan bukti tersebut hilang?
Jika masih ada masyarakat diluar sana yang percaya dengan dakwaan ini, Semut sudah tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Terang - terang ianya tidak masuk akal. Kali ketiga Semut ulangi, TIDAK MASUK AKAL. Bahan bukti yang sebegitu penting boleh hilang dalam simpanan Peguam Anwar sendiri, tetapi dituduhnya ada tali barut UMNO?
Lihatlah sendiri. Bagaimana mereka mahu memanipulasikan keadaan dan masih mahu menegakkan benang yang basah. Betapa jumudnya pemikiran mereka dengan dunia fantasi mereka. Adakah mereka anggap rakyat sebodoh itu? Melihatkan kelibat si Tikus Raja Petra itu lari keluar negara sahaja sudah merupakan satu indikasi yang jelas bahawa mereka semuanya menipu. Dan penipu tetap juga akan menipu walau dengan apa cara sekali pun. Bila mereka mahu insaf? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

betul2... tak logik langsung..jgn asyik slahkan orang lain.. ada bukti baru tuduh...
BalasPadamsalam, blog sahabat sudah dipaut.
BalasPadam