...Takde Kuasa Pun Besar Kepala...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau dalam Majlis Penutup Expo Cheng Ho, Nik Aziz Berpantun: Kalau memilih tempat mandi, pertama teluk, kedua pantai. Kalau memilih pemimpi Negeri, pertama elok, kedua pandai.
Tapi lain pula dengan PKR. Bila memilih pemimpin, yang pertama suamiu, yang kedua isteri. Sebab memang jelas pati itu mengamalkan dasar anak beranak sahaja.
Jika tidak, kenapa tak 'semena - mena' Ketua Wanita PKR mencadangkan agar jawatan Ketua Umum dijadikan jawatan rasmi? Jika ianya jawatan rasmi, kenapa pula ia perlu diserahkan kepada Anwar?
Maknanya, selama ini Anwar bukanlah pemimpin yang layak dan secara rasmi memimpin PKR. Tetapi dilihat beliaulah yang paling berkuasa dalam parti tersebut. Dan Presidennya hanya boneka semata - mata.
Ketua Wanita PKR itu juga secara tidak sengaja mengiyakan dakwaan bahawa PKR ditubuhkan kerana Anwar, bukan kerana rakyat.
Jadi, tidak salah kalau kita katakan PKR sebenarnya Parti Keldaikan Rakyat kerana wujudnya ia kerana Anwar. Rakyat hanya alat untuk Anwar pergunakan apabila perlu sahaja.
Masihkah rakyat tidak sedar dengan hakikat ini? Masih lenakah mereka dibuai mimpi indah Si Ketua Penipu itu? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ooo demokrasi sebenarnya kalau di amalkan membawa kepada komunisma.
BalasPadamSaya baru tahu. Terima kasih kerana memberi pelajaran kepada saya.
Tak mau ke Anwar kata kat ahli PKR, pemberontakan oleh ahli PKR untuk demokrasi akan membawa kepada perlantikan Anwar. Macam ni Malaysia akan jadi negara China.
Samakan Anwar dengan Chairman Mao pula.
Nik Aziz ni elok pun tidak, pandai pun tidak.
BalasPadam