Jumaat, November 26, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Selepas kenyataan rasmi dari Ketua Wanita PKR tengahari tadi, tiba giliran Angkatan Muda Keadilan pula mengakui bahawa PKR parti untuk Anwar sahaja.

Kalau sebelum ini, Ketua Wanita PKR menyatakan bahawa jawatan Ketua Umum akan dijadikan jawatan rasmi dan diserahkan kepada Anwar kerana menjadi pelopor kepada kelahiran PKR.

Kali ini Ketua AMK pula menyatakan bahawa perjuangan sayap itu juga hanya untuk Anwar. Shamsul Ketot meletakkan perjuangan bagi membebaskan Penasihat PKR daripada tuduhan liwat sebagai misi utama sayap itu.

Beliau juga turut berkata bahawa pihaknya akan menghantar wakil keluar negara untuk memberi penerangan kepada masyarakat dunia dalam usaha membebaskan si Ketua Penipu itu daripada tuduhan liwatnya.

Malah kenyataan seterusnya dari si Ketot itu hanya akan memualkan tekak pembaca Semut kerana turut menyamakan Anwar dengan Aung San Suu Kyi serta Nelson Mandela.

Jelas, perjuangan PKR hanya untuk Anwar. Semut ulang, PKR HANYA UNTUK ANWAR.

Tidak ada satu pun isi kandungan dalam ucapan Ketua - Ketua Sayap mereka menyatakan perjuangan PKR adalah untuk rakyat. Semuanya penuh dengan pengampuan dan cium bontot Ketua Penipu Rakyat itu sahaja.

Kepada sesiapa yang masih tidak sedar dan tidak faham, bukak mata dan lihatlah kebenarannya. Jangan terus tersesatkan dengan dakyah songsang si Ketua Penipu serta pengampu - pengampu beliau ini.

Sampai bila Anwar dan konco - konconya mahu menabur penipuan dan pembohongan demi pembohongan kepada rakyat? Jelas, apa yang dialami pemimpin dunia dengan situasi beliau itu sedikit pun tidak sama. Jadi kenapa beliau masih bermimpi disiang hari? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping