...Kenapa Diam Seribu Bahasa???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sesudah memenangi jawatan Naib Presiden PKR, nampak gayanya suara si Anak Kecil ini mula tenggelam dan kelihatan cuba menyorok dari menyatakan kebenaran.
Tidak seperti sebelum tempoh pemilihan bermula dahulu dimana beliau jelas mengkritik dan memberikan pandangan peribadi beliau terhadap isu - isu semasa.
Mungkin sebab itu juga, beliau dicabar agar bangkit menyatakan pendirian mengenai kepincangan yang berlaku dalam PKR hari ini.
Bekas Ketua Wanita PKR Pulau pinang, Aminah Abdullah berkata, ini kerana Nurul Izzah masih gagal membuktikan bahawa beliau benar - benar serius mahu melawan segala bentuk masalah dalaman PKR sebelum ini.
Semasa berkempen dalam pemilihan lalu, si Anak Kecil itu membawa imej dan tema kononnya beliau seorang yang telus serta tidak bergantung kepada 'belanja' untuk memenangi jawatan itu.
Aminah turut mencabar si Anak Kecil itu untuk menjawab isu pemalsuan surat pemecatan bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P.S Jenapala.
Yang jelas, sehingga hari ini, penipu - penipu rakyat dalam PKR masih senyap dan mendiamkan diri dari menjelaskan mengenai perkara ini.
Jelas, ini bukan lagi lakonan mereka tetapi hakikat sebenar yang mereka cuba sembunyikan dan mengaburi mata rakyat dari kebenarannya.
Adakah mereka kan terus mendiamkan diri dan menipu rakyat secara berterusan? Tidakkah rakyat sedara akan perkara ini? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.