Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampak gayanya, kepimpinan PAS semakin jelas menolak cadangan yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim untuk melantik Lim Kit Siang Ikan sebagai Perdana Menteri.
Menurut Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib menegaskan sesiapa sahaja termasuk si Ketua Penipu itu tidak berhak membuat ketetapan tersebut jika tiada kata sepakat dalam Pakatan Pembangkang terlebih dahulu.
Pandangan yang diberikan beliau itu jelas bertentangan dengan pandangan yang diberikan oleh Timbalannya, Ahmad Yaakob yang bersetuju dengan cadangan tersebut.
Sekarang sudah jelas bahawa pandangan dan pendirian yang diutarakan oleh Mursyidul Am PAS itu sudah mula tidak diterima dikalangan ahlinya.
Nik Aziz adalah orang pertama dikalangan pemimpin PAS yang dengan lantang menyatakan beliau sanggup terima Penasihat DAP itu sebagai TPM.
Jelas sebenarnya Nik Aziz pun tidak yakin mereka akan menang dalam Pilihanraya akan datang jika itulah syarat utama yang ditetapkannya. Sebab sehingga kini, Pemimpin Veteran DAP itu masih tidak menunjukkan sebarang tanda beliau cenderung kepada Islam.
Masih bermimpikah Nik Aziz? Tidak sedarkah beliau sudah semakin hilang kepercayaan dikalangan ahli? Atau beliau mahu terus membohongi rakyat secara keseluruhan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
PAS akan pegang jawatan Perdana Menteri dan TPM 2 jika PR menang PRU 13 dengan syarat Anwar jadi Presiden Republik Malaysia. DAP akan pegang jawatan Timbalan Presiden dan TPM 1. Itu adalah cita-cita Anwar yg kalian perlu tahu...
BalasPadam