Sabtu, Disember 04, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Nak menulis bab politik hari ini, rasa macam tidak ada semangat pulak. Semuanya gara - gara PEMANDU yang cuai dalam menjalankan dasar Kerajaan seperti kata Pisau.net.

Mana la diorang dapat idea nak naikan harga minyak dan barang keperluan harian ni ye? Dah buat kajian terperinci ke? Adakah ianya relevan dengan keperluan rakyat?

Nak kata PM tidak peka dengan masalah rakyat, tidak adil pula rasanya. Sebab dah ada Unit atau kementerian yang memantau keadaan ini. Jadi bukan salah PM seratus peratus.

Cuma tinggal lagi, mereka perlu prihatin dengan suara rakyat. Penat - penat bina keyakina, kenapa nak diruntuhkan dalam masa yang singkat?

Tindakan - tindakan yang tidak prihatin seperti inilah yang buat rakyat marah. Buat kerja, buat lah betul - betul. Jangan main bom tak tentu hala.

Bukan sekadar Kerajaan yang sedia ada yang menghadapi masalah sebegini. Kalau Pakatan Pembangkang ambil alih nanti pun sama juga.

Takkan diberinya minyak dan barang - barang keperluan lain secara percuma. Paling tidak harga kekal. Itu sahaja. Sebab bukan di Malaysia saja keadaan ini berlaku. Mana - mana tempat didunia pasti akan ada kenaikan harga barang.

Tetapi adalah wajar bagi Kerajaan memikirkan kepentingan rakyat. Bukan hanya mengikut kadar keperluan semasa sahaja. Cuba fikirkan atau minta pendapat dari mereka yang terdahulu.

Bagaimana mereka mengawal harga barang tersebut dari terus meningkat. Kalau terus di Apungkan, takut nanti Kerajaan pula yang melambung. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

1 ulasan:

  1. Saudara,

    saya fikir ada perlu nya DS Najib tapis balik PTD-PTD yang ada ni.....supaya lebih peka dengan masalah rakyat...mereka ni yang selalu membuat kajian..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping