Sabtu, Disember 04, 2010

...Buat Apa Kau Menagis DiSini???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut sokong penuh saranan yang diutarakan oleh Penasihat Undang - Undang UMNO Malaysia hari ini. Tindakan yang keras perlu diambil bagi memastikan kedudukan Perlembagaan terjamin.

Datuk Mohd Hafarizam Harun menyaraknkan agar tindakan ISA diguna pakai kepada sesiapa juga yang terus mempertikaikan Ketuanan Melayu.

Beliau berkata, isu berhubung kenyataan Presiden PKR sebelum ini sekali lagi jelas mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menjelaskan, terdapat berberapa perkara yang boleh dimasukkan dalam laporan polis berhubung kenyataan tersebut:

1. Ianya berbentuk hasutan selaras dengan Akta Hasutan 1948.
2. Kenyataan tersebut bukanlah berbentuk kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan kerana ada kekangan atau sekatan yang tertentu.
3. Menyatakan bahawa PKR telah secara zahir bersekongkol bersama dengan merelakan perbuatan orang yang tidak lain dan tidak bukan, Presidennya sendiri.

Dengan itu, memang wajar Presiden PKR itu dikenakan tindakan seperti ISA kerana memang jelas beliau cuba menghasut. Terutama dikalangan ahlinya dan juga masyarakat secara keseluruhan.

Kalau tidak, tak mungkin perkara itu berulang kali disebut dalam Kongres PKR tempoh hari? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. mmg bkn mudah utk melaksana kn ISA keats pemimpin ni,tp kerajaan perlu bertegas dlm hal sebegini...fikir kn cara terbaik agar tindakan tersebut tidak di sensasi kn oleh puak2 yg penting kn diri sndiri

    BalasPadam
  2. ISA kan je... sokong

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping