Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Dun berlansung semalam. Hari ini sesi berkempen telah dimulakan oleh kedua - dua belah pihak.
Bendera - bendera sudah nampak jelas kelihatan dinaikkan oleh parti - parti yang bertanding. Penyebaran risalah juga turut dapat diperhatikan.
Namun, agak menghairankan. Siapa sebenarnya yang bertanding? Setahu Semut, masa penamaan calon semalam hanya dua nama sahaja yang diumumkan mewakili dua buah parti iaitu BN dan PAS.
Tapi apa jadahnya DAP Labis beria - ia pasang bendera mereka ditepi jalan ni? Tanda bantahan terhadap calon PAS ke?
Pihak SPR kenapa tak nak ambik tindakan terhadap perkara ini? Nak buat senyap saja pada hal terang - terangan mereka pasang bendera mereka.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.