Buat fitnah lagi senang dari bercakap benar. Untuk mengugat kredibiliti calon, itu je cara yang paling mudah untuk dilaksanakan.
Demikian pemikiran jumud dan sempit puak - puak pembangkang dalam sesi berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Tenang.
Oleh kerana tidak ada isu yang hendak dimainkan, maka terpaksa la mereka mencipta isu untuk menghangatkan keadaan.

Mula - mula, mereka buat tuduhan terhadap Ketua Wanita UMNO Labis dengan mengatakan bahawa beliau memboikot calon yang dipilih oleh Barisan Nasional.
Namun dakwaan tersebut disangkal oleh Haslinda Salleh dengan menyatakan bahawa ianya satu perkara yang musthail. Satu laporan polis telah dibuat berikutan penyebaran berita palsu itu.
Untuk besarkan lagi cerita bohong mereka, mereka buat pula cerita kata UMNO Bahagian Labis pun boikot Mohamad Azhar sebagai calon.
Mohamad Azhar ketika ditemui menyatakan bahawa ianya adalah satu fitnah. Kenyataan tersebut disokong oleh Datuk Ahmad Maslan.
Dah sampai tahap itu PAS punya terdesak nak menarik undi? Sampai sanggup menaburkan fitnah dan mengenepikan amanat Presiden sendiri.



0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.