Semut pada mulanya malas sangat nak ulas mengenai isu yang diketengahkan oleh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA) ni.
Maklum la, ilmu dia tinggi dan lagi luas. Tapi komen yang dia bagi dalam Malaysiakini ni, macam tak kena sangat rasanya.
Memang kalau kita fikir secara ilmiah dan terbuka, tak mustahil perkara yang berlaku di Mesir boleh berlaku di Malaysia. Sebab semua tu ketentuan Allah S.W.T.
Cuma tinggal lagi keadaan dan senario yang berlaku di Malaysia ni jauh sangat berbeza dengan yang berlaku di Mesir tu.
Kita tengok gerakan yang dilakukan oleh rakyat di Kelantan. Mereka menolak pemerintahan Menteri Besar yang dah lama berkuasa disitu dengan gerakan Gelombang Merah.
Walaupun itu gerakan dari kalangan UMNO sendiri, tapi masih tetap kira sebagai gerakan rakyat Kelantan. Itu pun Nik Aziz buat dek jugak. Tak dipandangnya lansung.
Padahal dia jelas tak buat kerja yang sepatutnya dijalankan oleh seorang Menteri Besar. Dan sejak kebelakangan ni, dia sendiri pun turut mengakuinya.
Kita lihat pulak masalah dalaman yang sedang berlaku dalam PKR sejak Pemilihan Pimpinan Pusat mereka yang lalu.
Berapa banyak laporan dan bantahan yang dah dibuat oleh ahlinya? Ada pimpinan pusat PKR layan semua tu? Mana ada.
Sampai hari ni, keputusan dan tindakan terhadap semua aduan serta laporan yang dibuat, masih lagi belum selesai. Hanya tinggal tanda tanya saja.
Apa dah jadi dengan semua aduan tu? Dah di tong sampahkan ke suara ahli tu semua? Ahli PKR tu semua bukan mewakili suara rakyat jugak ke?
Jadi macam mana perkara yang berlaku di Mesir tu nak berlaku di Malaysia ni? Mustahil jika selagi dalam Pakatan Pembangkang tu sendiri pun tak dengar suara rakyat.
Kalau diorang ikut apa yang rakyat suarakan, alamatnya dah lama dah Nik Aziz dan Anwar Ibrahim tu di'Mubarak'kan oleh rakyat serta ahli parti mereka sendiri.
Yang selama ni diorang laung - laung keadilan untuk rakyat tu semua beda'ah je. Tipu belaka. Keadilan tu hanya untuk diri diorang sendiri sebenarnya. Nak berjuang untuk rakyat? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.