...Buat Laporan Polis Pun Tiga Orang Je???...
Cerita pasal orang tempatan yang tak puas hati dengan calon PAS dari Kelantan ni tak habis lagi rupanya. Ingatkan dah selesai dah.
Calon PAS bagi kawasan tersebut masih lagi mendapat tentangan dari kalangan penduduk tempatan kawasan Muara Tuang ni secara keseluruhannya.
Semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh beberapa orang pengikut PAS di Muara Tuang. Dengar kata, mereka telah diserang oleh beberapa orang penduduk tempatan.
Menurut mereka yang Semut temui semalam kata, mereka tak puas hati dengan PAS sebab kehadiran PAS dikawasan mereka hanya membawa bencana dan musibah.
PAS katanya menyebarkan dakyah pembohongan dan memecah belahkan perpaduan Ummah dikalangan penduduk Islam di Muara Tuang.
Disamping itu, PAS juga katanya turut membuat dakwaan bahawa penduduk di Muara Tuang selama ini terlalu bodoh kerana telah mengundi Barisan Nasional.
Macam mana la orang kawasan tu tak marah kalau dah diorang didakwa sedemikian rupa, ye tak? Kalau kena pada kita pun, mau kita mengamuk.
Tak heran la kalau jentera PAS tu kena serang di Muara Tuang ni. Memang jelas mereka ni tak tau adap ketika bertandang ke tempat orang. Nak buat perangai 'gedebe' diorang macam kat Kelantan ikut suka hati dia je. Kan dah kena, Padan Muka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.