Ahad, April 10, 2011



Tadi Semut dah cerita pasal PAS yang buat masalah dengan orang tempatan sampai kena serang di Muara Tuang. 

Kali ni pasal PKR pulak. Mereka terang - terangan membuatkan anak - anak muda kawasan DUN Satok ni merah bijik mata. Semuanya akibat menahan marah yang tak terhingga.

Sedang Semut merayap semalam, terlihat beberapa orang petugas PKR ni sedang memasang bendera di sepanjang jalan Kampung Masjid, Satok. 

Manakala beberapa kumpulan anak muda yang enggan gambarnya diambil sedang berdiri di sebarang jalan. Semut hampiri mereka yang berada diseberang jalan ni. Semut tanya apa yang mereka sedang buat? Jawapan diberikan ialah tengok orang luar buat hal ditempat mereka.

Kemudian salah seorang dari mereka melintas jalan dan bertemu dengan petugas yang sedang memasang bendera itu. Anak muda itu tanya kepada petugas itu dalam bahasa Sarawak. Terpinga - pinga sekejap budak PKR tu. Nampak sangat dia bukan orang Sarawak.

Anak muda tu terus tanya petugas tu dari mana? Katanya dari Selangor. Bila ditanya, kenapa pasang bendera disini? Sebab calon bagi kawasan ni dari parti PKR, Ahmad Nazib.

Satu soalan maut yang ditanya oleh anak muda tu ialah, kenapa pasang bendera tak bagi pada orang tempatan? Nak undi orang tempatan, tapi pasang bendera orang luar. Kenapa?

Terus petugas PKR tu senyap dan naik kereta lalu beredar. Jadi Semut berbual la seketika dengan anak muda tersebut.

Dia dan rakan - rakannya agak terkilan apabila PKR datang ke tempat diorang ketika musim Pilihanraya sahaja. Sebelum ini, mereka lansung tidak dihiraukan.

Bila tiba pilihanraya, baru la nak sibuk - sibuk datang pasang bendera, edar risalah dan sebagainya. Tak kurang juga yang datang mengajak mereka buat hal yang bukan - bukan.

Yang lebih membuatkan mereka terkilan ialah apabila PKR tidak mempercayai anak - anak muda tempatan seperti yang berlaku hari ini.

Nak pasang bendera pun diorang dah tak percaya, inikan pulak bila diorang memerintah nanti. Macam mana orang tempatan nak percayakan PKR kalau macam tu keadaannya?

Itu soalan yang cukup bernas keluar dari seorang anak muda disamping diakui oleh rakan - rakannya sendiri. Diorang juga kata, semua orang Semenanjung tu yang sapu. 

Dah la datang ditaja makan minum dan penginapan. Elaun pasang bendera pun diorang sapu. Belum bagi diorang memerintah lagi. Entah apa pulak la yang diorang sapu nanti ye?
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping