Selasa, April 05, 2011

"...Ini Bukan Bos Gua! Gua Pernah Tengok Bos Gua Macam Ni..."

Wow! Memang hebat la Pengarah Komunikasi PKR ni. Semua benda dia tahu tentang Anwar. Luar dan dalam.

Nik Nazmi kata, sewaktu mula - mula video seks yang ditayangkan oleh Trio Datuk T tempoh hari, dia dengan yakin menegaskan bahawa video tersebut palsu.

Tapi macam mana dia tahu kepalsuan video tersebut sedangkan dia sendiri pun tak pernah tengok video tu? Itulah soalan yang kononnya diajukan kepada dia sebelum ini.

Jadi sebab video tu dah tersebar dalam laman Youtube dan di Internet, dia kononnya 'terpaksa' menonton sedutan video tersebut. 

Ceh, terpaksa konon. Padahal dalam hati dia tu memberontak sebab dia tak sempat tengok pun video tu sebelum orang lain. Jadi susah sikit la kerja dia nak mengampu bontot Anwar.

Kata Nik Nazmi lagi, selepas menonton video tersebut, jelas kononnya kenyataan dia sebelum ini terbukti benar.

Keyakinan itu kata dia dilihat dari sosok tubuh dan lenggok badan watak utama termasuk 'perut yang menonjol' bukan milik Anwar.

Konon kata dia lagi, hakikat ini tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat tetapi tidak bagi dia yang jadi Setiausaha Sulit Anwar selama dua tahun.

Jadi Setiausaha Sulit pun takkan la semua benda sulit dia boleh tahu dan nampak. Padahal dalam video tu individu tu tak pakai baju. Dia pernah tengok ke Anwar tak pakai baju?

Lain macam betul Nik Nazmi ni. Entah - entah... Mana la tau kan. Anwar ni pun bukan boleh percaya sangat. Tak kira dengan lelaki ke, pompuan ke, semua dia balun.

Bukan nak tuduh kata Anwar buat semua benda tu. Cuma keraguan tu masih ada. Kalau betul semua benda ni dia kata dia tak buat, kenapa dia perlu takut?

Suruh serah DNA secara sukarela dia takut. Sokong tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja pun dia takut. Apa yang dia takut kalau betul benda tu dia tak buat?

Itu persoalan utamanya. Nak kata video tu palsu ke apa ke, buktikan. Setujua agar RCI tu ditubuhkan. Jangan main cakap je kata fitnah itu ini. 

Ambik tindakan yang sewajarnya. Baru rakyat boleh percaya dan menilai KEBENARANnya. Kalau setakat main cakap kosong, semua orang boleh buat brader!!!

1 ulasan:

  1. Budak ni masih mentah, baik dalam apa segi sekalipun. Dia terperanjat kerana tiba-tiba terpilih sebagai wakil rakyat, mula naik tocang. Nik Nazmi masih muda, sewaktu era reformasi, saya agak umurnya lebih kurang 10 tahun. Macam mana dia kata kenal AI. Sampai boleh komen fasal perut AI. Betullah kata orang, kalau dah taksub dengan boss, semuanya betul. Otak taruh di kaki. Tak guna mengaku belajar tinggi-tinggi, tapi tak rasional

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping