Ahad, April 10, 2011


Diam tak diam, dah masuk hari kelima sesi berkempen bagi Pilihanraya Negeri Sarawak ni ye. Dah hampir setengah perjalanan dah.

Tapi kebanyakkan parti masih lembab buat kerja. Kalau ada yang buat kerja pun orang luar yang ramai. Entah kenapa diorang pulak yang sesak nak mendapat kuasa di Sarawak ni ye?

Nak pulak geng - geng Pakatan Haram dari Semenanjung tu. Habis semua orang Sarawak marah pada diorang sebab datang buat kecoh kat Sarawak ni.

Dalam banyak - banyak parti yang bertanding, SNAP paling senyap sekali. Tak banyak orang yang buat laporan mengenai pergerakan parti ni.

Katanya pendekatan yang diambil oleh SNAP jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh BN dan Pakatan Pembangkang haram tu.

Jadi, sebab tu kita lihat kurangnya poster, banner, bendera dan kain pemidang dikawasan - kawasan yang mereka bertanding.

Kata seorang ahli mereka, SNAP mempunyai kelebihan masa jika hendak dibandingkan dengan PKR, DAP dan PAS yang asyik sibuk berunding tapi masih tidak ada penyelesaiannya.

Pendekatan yang mesra rakyat dengan cara berjumpa secara lansung dengan pengundi ini dinamakan sebagai "taktik lipas".

Uish! Tadi nak jadi gerilla. Ini nak jadi lipas pulak. Dah elok - elok jadi manusia, nak jadi benda lain ni pasal apa?

Tapi, walau apa pun strategi yang digunakan SNAP, ia sedikit sebanyak dah mampu menggugat PKR yang tiba - tiba je buat dakwaan palsu semalam.


Konon, Pakatan Pembangkang ni tuduh Barisan Nasional telah menghantar satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada pengundi di Sarawak.

SMS tu kononnya dilaporkan untuk tujuan menghasut pengundi agar tidak memilih Pakatan Pembangkang pada hari mengundi nanti.

Mungkin ini la gerakan 'senyap' dan 'serangan hendap' ibarat gerilla yang dibuat oleh SNAP ni kot. Tapi jadi Gerilla tak pe lagi. Jangan SNAP jadi Gorilla sudah la. Sesak la Pakatan Haram tu nanti. Hehehe...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping