Wah!!! Kaya la Si Khalid Gagap tu lepas ni. Boleh jadi taukey mangkuk tandas la dia selepas PRU ke 13 nanti. Tak payah la susah - susah cari kerja lain.
Semalam, dengar kata dia dah dihadiahkan dengan sebuah mangkuk tandas oleh dua buah NGO yang dikenali sebagai Warisan dan Gempak.
Tujuan mereka memberikan mangkuk tandas tu adalah sebagai simbolik diatas tindakan yang dilakukan oleh Si Khalid Gagap memohon maaf kepada pihak Gereja.
Kedua - dua NGO tersebut nampak kurang senang dengan tindakan tersebut. Pada mereka Khalid Gagap tidak seharusnya memohon maaf sewenang - wenangnya.
Dia sebagai Menteri Besar yang beragama Islam seharusnya membuat siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan sedemikian.
Wakil NGO itu menyatakan bahawa tindakan Menteri Besar Badut tu hanya memperlihatkan bahawa JAIS bersalah dalam membuat serbuan di DUMC Rabu lalu.
Padahal, pihak JAIS memang mempunyai bukti yang kukuh untuk mengadakan serbuan tersebut. Agenda memurtadkan umat Islam memang wujud.
Yang hairannya, kenapa selepas dia memohon maaf dan mendapati bahawa JAIS mempunyai bukti yang sah, dia mengeluarkan arahan agar semua pihak menutup mulut?
Nampak sangat dia dah rasa bersalah kerana bertindak terlalu awal dengan membelakangkan pihak JAIS. Maka sebab itu la dia suruh semua orang tutup mulut.
Yang sebenarnya, Si Khalid Gagap ni dah malu dengan seluruh umat Islam dan dia enggan memohon maaf kepada mereka. Dengan pihak DUMC dia tak malu pulak?
Si Menteri Besar Badut itu juga turut memberi kenyataan bahawa isu ini akan dibawa ke pengetahuan DYMM Sultan Selangor.
Namun, sehingga artikel ini ditulis, masih belum nampak lagi tanda - tanda perkara itu akan berlaku. Kenapa dia masih belum mengadap DYMM Sultan?
Jadi, tak heran la kalau selepas ni Si Khalid Gagap tu bakal menerima satu lagi mangkuk tandas daripada rakyat Negeri Selangor. Jangan lepas ni dia terima sekali dengan isi - isinya sudah la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.