Khamis, Ogos 11, 2011


Halamak!!! Si Mayat Hidup ni nak saman blogger la. Siapa la blogger yang dia nak saman tu ye? Dah kantoi menipu pun ada hati nak saman orang pulak?

Shuhardi Mat Isa - yang didakwa berlakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH - bercadang menyaman beberapa penulis blog yang didakwa memfitnahnya.

Enggan mendedahkan nama mereka pada masa ini, Shuhardi berkata beliau tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa penulis blog yang didakwa menyunting videonya ketika sakit dengan cara yang tidak betul.

"Mereka terbalikkan (babak) yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... Ia gambarkan saya seolah-oleh mati hidup semula (berlakon)," katanya.

Sebelum ini, Shuhardi - peserta perhimpunan BERSIH - dikatakan dimanipulasi sesetengah pihak dengan mendakwa dia allahyarham Baharudin yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Polis dilaporkan menyiasat perkara itu bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan mendatangkan khianat awam; dan Seksyen 233 Akta Multimedia bagi kesalahan melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pihak berkuasa juga pada 2 Ogos lalu dilapor merakam kenyataan Shuhardi dan aktivis usahawan Islam itu mengaku memberikan kerjasama penuh dalam sesi kira-kira 3 jam di rumahnya di Bandar Baru Salak Tinggi.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shuhardi berkata, peguamnya masih mengumpulkan beberapa bukti berkaitan sebelum dijangka memfailkan saman mereka minggu depan.

"Kita masih tunggu masa yang sesuai (untuk tujuan itu)," katanya yang juga setiausaha agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop).

Tambahnya, saman itu akan dihadapkan kepada tiga atau empat orang penulis blog "yang berniat jahat" dan "prokerajaan".

Jenis dan nilai tuntutan masih dibincangkan dengan pihak peguam, jelas Shuhardi lagi.
Kalau nak saman, saman je la. Kalau itu dia rasa dapat menutup pembohongan yang dibuat terhadap seluruh rakyat Malaysia, silakan.

Yang peliknya, kenapa dia nak saman blogger 'ProKerajaan' je sedangkan yang mula - mula memainkan isu tersebut ialah blogger Pro Pembangkang?

Inilah yang dinamakan 'double-standard'. Dia hanya nampak salah orang lain je. Salah diri sendiri dia tak nampak. Tapi nak buat macam mana. Nama dia pun penipu. Apa lagi yang dia mampu buat!!! 
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. ahhaa..nak saman org....takyah saman la..org tgk gigi pon org dah takut...bukan mak lampir..mat lampin pakai buang....**org mcm ni ckp gedegung gedegang nak saman org..ade ke duit nak lalui proses mahkamah nanti...dah salah buat2 tunjuk hero...apsal tak saman cepat2..saman selepas kejadian...ni dah malu br nak ngada ngada...**abg gigi mat lampin ....sebelum saman org....gi angkat sumpah laknat dulu...ajak kekanda kesyanagn ko abg nuar brahim tu seklai....**ko sama ja dgn abg nuar ko..mulut nak saman..tak saman2 lg...takpon ko tlg saman seklai la bg pihak abg nuar ko...sama eskay....**geli tgk gigi dia..busuk...

    BalasPadam
  2. mamat sorang ni jgn dilayan sangat2. kalau layan, kite yg dok meroyan nanti. dia nak saman bloggers pro-krajaan. biorkan. brape org yg dia nak saman? 5? 6? 10? oiii banyaknye duit dia.... yg saye tau dlm kes saman2 ni kalau xde rm10 ribu utk sorg xde loyar yg nak ambik. tinggi betuk cite2 dia, setinggi gigi dia gamaknye. napelah dia x mati betul2 dulu? oh ye x ye gak, kalau mati betul2 xlah glanor mcm skarang. hari2 ade berite pasal dia. dah naik menyampah.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping