Rabu, September 21, 2011


Mahkamah bersambung lagi dengan persoalan yang sama seperti sebelum ini. Mohd Yusof meminta Dr. Brain McDonald menjelaskan bila Dr. Seah menyebut mengenai ISO.

Melalui transkrip yang dimiliki oleh McDonald, dia menunjukkan bahagian dimana Dr Seah hanya menyebut mengenai ISO sahaja.

Dia membuat andaian bahawa Dr. Seah MUNGKIN merujuk kepada ISO 17025, standard yang diguna pakai di peringkat Antarabangsa.

Ps: Wah! Semalam, dia jugak cakap hasil yang ujian yang dibuat oleh Dr. Seah tu hanya andaian dan menegaskan ianya tidak boleh diterima.

Sekarang, bila dia buat andaian mengenai apa yang dimaksudkan oleh Dr. Seah mengenai ISO, takkan boleh diterima pakai pulak?

Mohd Yusof menjelaskan bahawa berkemungkinan Dr. Seah juga merujuk kepada ISO yang lain seperti ISO 9000 sebagai contoh.

Kemudian Mohd Yusof menyatakan bahawa ISO 17025 bukanlah standard yang sempurna berdasarkan kepada bahan yang ditemui didalam Internet.

Mohd Yusof juga mencadangkan bahawa ISO 17025 bukanlah satu keperluan yang mesti ada didalam mana - mana makmal forensik.

Dr.Brain McDonald tidak bersetuju dengan cadangan terebut dan tetap bertegas bahawa ianya merupakan satu kemestian.

Mohd Yusof kembali menyoal McDonald mengenai kontensi terhadap ujian yang dijalankan oleh Dr. Seah.

McDonald menjelaskan ianya disebabkan Dr. Seah tidak membuat 'slide' berasingan bagi setiap peringkat proses yang dijalankan.

Mohd Yusof bertanya mengenai 'degradation'. Namun McDonald menjawab bahawa dia tidak faham dengan soalan dan meminta dijelaskan secara spesifik.

Mohd Yusof kemudian membawa Dr. Brain McDonald meneliti semula keterangan Dr. Seah mengenai 'sperm cell degradation' yang dibuat sebelum ini.

Peguam Pendakwa menjelaskan bahawa Dr. Seah mengakui bahawa kebarangkalian berlakunya 'degradation' dan menambah bahawa ianya adalah sukar untuk dikenal pasti.

Dr. Brain Mcdonald tidak bersetuju dengannya. Dia turut mendakwa Mohd Yusof sengaja menyalah-tafsirkan bukti dan menjelaskan bahawa Dr. Seah cuba mengelak daripada soalan.
Dr. Brain: Ianya tidak sukar untuk dikenal pasti dan ianya boleh dilakukan secara lansung.
Mohd Yusof kemudian bertanya sama ada Dr. Brain setuju yang degradation tidak perlu selagi sampel masih boleh dibaca. Dia tidak bersetuju dengannya.

Mohd Yusof memberitahu bahawa Dr. Seah telah menjelaskan bahawa tidak terdapat sebarang degradation pada sampel yang diambil.

Dr. McDonald menjelaskan yang dia tidak percaya sekiranya Dr. Seah memerhatikan calitan yang diambil sama ada ianya mempunyai sel hidup dibahagian rektum.

Dia juga turut menambah perkara tersebut hanya boleh dilakukan jika ujian dibuat dengan segera, dalam tempoh 10 minit selepas calitan diambil.


Akhirnya, Dr. Brain McDonald menyatakan bahawa DNA Lelaki Y jelas dipaparkan didalam graf locci yang ke 15 dalam carta yang disediakan.

Mahkamah bersambung esok.

1 ulasan:

  1. Semuga Allah kelukan lidahnya apabila dia cuba bercakap bohong...amin...kantoi kantoi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping