Itu satu persoalan yang timbul tatkala isu PAS menyokong Komunis masih hangat diperkatakan pada ketika ini. Betul ke PKM ni memperjuangkan Kemerdekaan Negara?
Sebelum bertanyakan soalan lebih lanjut mengenai isu ini, baca dulu petikan temubual dengan Rashid Maidin dibawah:
Soalan: Bagaimanakah sikap perwakilan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu masa itu?Rashid Maidin: Perwakilan mereka disertai oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, David Marshall dan juga Abdul Hamid Jumat. Sungguhpun perundingan itu perundingan damai, malangnya sikap mereka sangat keras, bahkan bermusuhan. Kami diberi kata dua, iaitu sama ada menyerah diri atau dihapuskan. Kami tentu tidak boleh terima kata dua sedemikian.Soalan: Apakah sikap PKM dalam perundingan itu?Rashid Maidin: PKM mahu menamatkan perang, tapi biarlah dengan syarat adil dan munasabah. PKM menegaskan soal menyerah diri tidak timbul kerana kami bukan pengganas, tapi pejuang kemerdekaan. Yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi pemerintah penjajah British. PKM juga menyokong rombongan Tunku pergi ke London berunding dengan British untuk kemerdekaan. Tunku mengakui peranan penting perang gerila yang kami lancarkan dalam mencapai kemerdekaan Malaya, dan beliau berjanji untuk menemui kami lagi setelah kembali dari London. Sayangnya, ini tidak berlaku. Sebaliknya, Kerajaan Tunku menerima syarat-syarat penjajah British dan meneruskan perang warisan penjajah itu ke atas kami.
Persoalan Semut mudah. Jika benar PKM hanya memperjuangkan Kemerdekaan Negara, kenapa mereka masih memerangi Kerajaan Persekutuan selepas 1957?
Bukan ke diorang nakkan Kemerdekaan? Jadi, untuk apa lagi diorang berperang pada ketika itu? Kata diorang sokong Persekutuan Tanah Melayu.
Kalau diorang sokong, kenapa diorang tak nak menyerah diri selepas tahun 1957? Kenapa diorang tak nak letakkan senjata tetapi masih membunuh askar - askar dihutan?
Selepas tahun 1957, puak - puak Komunis ni masih lagi memerangi Kerajaan Persekutuan pada ketika itu dan membunuh orang awam dengan sewenang - wenangnya.
Bukan setakat dihutan. Malah pernah dibakarnya sebuah bas yang sarat dengan orang awam. Adakah itu bukti perjuangan Komunis untuk kemerdekaan?
Petikan kata - kata Shamsiah Fakeh:
"Bagi orang-orang yang memperjuangkan Kemerdekaan maka tidak ada pilihan lain lagi melainkan berjuang mengangkat senjata untuk menggulingkan penjajah apabila jalan damai sudah ditutup. Bukan kita yang menutupnya tetapi penjajah British."
Rundingan siapa yang gagal? Rundingan PKM untuk berkuasa ditanah Melayu atau rundingan Melayu untuk jadi tuan ditanah sendiri?
Janganlah disebabkan gila kuasa, kita sanggup gadaikan maruah bangsa sendiri kepada orang lain. Jika PKM berkuasa, adakah orang Melayu dapat menjadi Tuan ditanah mereka sendiri?
Tengok bagaimana PAP kawal orang Melayu di Singapura. Lihat pula penindasan DAPigs di Pulau Pinang terhadap orang Melayu.
Adakah itu yang PKM mahukan? Jangan pulak PKM nak jadi PKR. Elok - elok nama terukir sebagai Parti Komunis Malaya, takut jadi Parti Kencing Melayu pulak!!!
Saya dapat rasakan bahawa Rasid maidin dan Samsiah fakeh berbohong apabila mereka mengatakan bahawa mereka juga pejuang kemerdekaan. Alasan mudah kenapa mereka teruskan perjuangan selepas 1957 apabila TM diberi taraf merdeka?
BalasPadamKalau dikatakan bahawa mereka lebih berminat untuk merampas dan memerintah negara ini adalah lebih logik dan sesuai. Mereka nak jadikan TM sebagai negara komunis setaraf tanah besar China atau Russia.
Kalau mat Sabun nak cakap pasal sejarah , kita minta mat Sabung daftar tadika semula dan belajar sejarah negara dari peringkat asas.
wmwi
Mudah saja utk dimengerti:
BalasPadam'Kemerdekaan" pada komunis ialah APABILA MEREKA DAPAT MEMERINTAH TANAH MELAYU DAN MENGISYTIHARKANNYA SEBAGAI SEBUAH NEGARA BERFAHAMAN KOMUNIS, tanpa berkongsi kuasa dengan sesiapa.
Selagi hasrat ini belum tercapai, pada komunis Tanah Melayu belum lagi di"merdeka"kan, walau pun yg memerintah waktu itu adalah orang2 tempatan sendiri. Kerana itu jugalah mereka menganggap mereka adalah "pejuang kemerdekaan".
PAS pun merasa diri mereka belum lagi merdeka, sebab BELUM DAPAT MEMERINTAH MALAYSIA, kerana itu sampai kiamat pun akan sentiasa menuduh UMNO/BN zalim, tidak Islam, kafir, jahiliah, dsbnya; samalah dengan apa yg ucapkan oleh komunis terhadap pemimpin2 negara.
Kerana PERSAMAAN inilah, Mat Sabu mengangkat komunis sebagai "pejuang kemerdekaan", kerana kedua2nya sama - mempunyai HASRAT TERPENDAM YG BELUM-BELUM (DAN TAK MUNGKIN RASANYA WALAU PUN SAMPAI KIAMAT AKAN) TERCAPAI ...