Puak - puak Parti Angguk Saja ni memang jenis yang tak sedar ke diri. Ingatkan diorang benar - benar nak memperjuangkan Islam.
Tapi bila diajak bangkit sama - sama memperjuangkan Islam, macam - macam alasan yang diorang bagi. Macam - macam soal yang diorang bangkitkan.
Nak harapkan diorang memperjuangkan akidah Islam? Mimpi je la. Nak kata diorang konsisten pun dah tak mampu. Apa yang diorang boleh buat, menipu rakyat. Itu je kerja yang diorang boleh buat!!!
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan meneruskan perhimpunan mempertahankan akidah umat Islam di Shah Alam, Sabtu ini walaupun Pas membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut.Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, pihak sekretariat akan mengumpulkan seberapa ramai masyarakat Islam daripada pelbagai latar belakang atas semangat persaudaraan demi mempertahankan akidah yang satu.Sesungguhnya beliau berkata, dorongan perhimpunan itu bertitik-tolak daripada keprihatinan terhadap amanah dan tanggungjawab kepada Allah atas kepentingan akidah tauhid yang satu dan bukan menyentuh untuk kepentingan mana-mana parti politik.''Namun begitu, ingin saya jelaskan di sini bahawa kehadiran parti-parti politik termasuk seluruh kepimpinan dan ahlinya adalah amat dialu-alukan. Oleh itu, kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik supaya turut serta dalam perhimpunan ini.''Kami benar-benar mengharapkan semua pihak memahami bahawa isu yang hendak ditampilkan oleh Himpun ini berkaitan dengan persoalan mempertahankan akidah umat Islam daripada tergugat, pada masa sama mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini,'' katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini bagi mengulas keputusan Pas untuk tidak terlibat di dalam program Himpun Sabtu ini.Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya telah dimaklumkan bahawa program itu tidak melibatkan parti-parti politik dan oleh itu, Pas mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.Mengulas lanjut Azmi berkata, di dalam perhimpunan itu pihaknya mahu menyampaikan mesej bahawa akidah umat Islam mesti dipelihara dan diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama.Satu lagi mesej jelas beliau, ialah mengenai penegasan berhubung larangan menyebarkan dan mengembangkan agama selain Islam kepada umat Islam yang sepatutnya dihormati dan tidak dicabar.''Melalui perhimpunan ini kita juga mahu menyampaikan mesej supaya semangat perhubungan yang harmonis antara semua penganut agama perlu dipertahankan berdasarkan hak dan kebebasan beragama seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan,,'' ujarnya.
Politik biarlah politik... janganlah kita terpedaya untuk menjerumuskan diri dalam kancah politik yang penuh dengan tipu daya, fitnah, menjatuhkan umat seagama..... walhal bangsa lain seronok menantikan kejatuhan kita akibat dari sikap bangsa kita sendiri.... yang salah harus dihukum.... tetapi yang sepatutnya kita dulukan biarlah kita dulukan..... berkorban untuk agama bangsa dan tanah air.......
BalasPadamUMNO ada kuasa, ada wang. Kenapa tak diadakan mesyuarat tergempar di PWTC bincang perkara seumpama ini. Matlamatnya baik tapi riak, umpamanya kempen pemanduan berhemah atau konvoi keamanan, tapi hakikatnya nak tunjuk motor besaq, sedangkan hakikatnya kita nyusahkan lalulintas. Peserta dgn riaknya naik motor terkankang. Lepas tu sblh malamnya aktiviti bebas. Ada yang yap seng dan ada yg projek ngan pembonceng. Last2 habis gitu je, wal hasil balik asal.
BalasPadamTanya diri sendiri adakah himpunan ini ikhlas atas kesedaran atau sekadar nak tunjuk muka, paltform atau nak bagi nampak ada kerja dan tak bg nampak claim bajet buta. Adakah akta larangan berhimpun dah di tarik balik?