Khamis, Oktober 20, 2011


Putar belit rakyat Australia, Ryan Albrey yang ekoran rayuannya jugalah diatur wawancara dengan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob agar beliau mendapat kisah benar mengenai projek pemprosesan logam nadir bumi Lynas Corporation Ltd, Australia, terserlah lagi. 

Kali ini dengan menceduk secara 'out of context' wawancara diberikan Adnan secara berhemah pada 8 September lalu, dengan memfokuskan kepada bahagian cuma dua-setengah (2 1/2) minit daripada keseluruhan tempoh wawancara selama 31 minit itu.

Apa yang cuma Ryan perbesarkan ialah berkenaan pandangan Adnan mengenai kemungkinan wujud kaitan antara beberapa pemimpin Cina yang menentang projek RM2000 juta itu, dengan rangkaian antarabangsa mereka.

Lalu, Ryan boleh bertutur bahasa Melayu tetapi tidak kemas - dalam entri terbarunya sepanjang 11 minit yang dimuat-naik ke YouTube, mempertikaikan pandangan ini dengan memulakan laporan itu dengan pertanyaan, Adakah radiasi ada kaitan dengan bangsa? 

Gambaran yang diberikan ialah, Adnan bersikap perkauman lalu memanipulasikan pandangan Adnan itu dengan membayangkan, Adnan menganggap masyarakat Cina di negeri ini sebagai pengkhianat kerana masyarakat Cina di sini hendak tolong menolong Negara China. 

Putar belit Ryan lagi ialah, Negara China sendiri tidak dapat menerima kemasukan pelaburan projek Lynas lalu syarikat itu melihat Negara China sebagai musuh, yang kerana itulah juga kononnya, menyumbang kepada pandangan Adnan berkenaan. 

(Hakikatnya ialah, Lynas mendapat kelulusan untuk membina kilangnya di China, malah di Australia sekalipun, tetapi memilih Malaysia khususnya Kuantan, atas pelbagai pertimbangan termasuk bersifat ekonomi dan sosial). 

Sedangkan projek Lynas ini dakwa Ryan lagi, ialah berkaitan kebimbangan masyarakat Kuantan, bukan setakat Cina tetapi Melayu yang menentang kononnya bimbang mengenai bahaya radiasi daripada projek terbabit. 

Ini diulas oleh Ryan dengan cara begitu angkuh dan biadab sekali sedangkan semasa pandangan ini diberikan oleh Adnan dalam wawancara berkenaan, Ryan tidak pula cuba menyanggah. 

Sebaliknya, beliau kelihatan mengangguk-anggukkan kepalanya, yang kalau menurut fahaman kita, tentu tanda mengiyakan, serta bersetuju dengan jawapan atau pandangan berkenaan. 

Pandangan Adnan ini diberikan sebagai menjawab soalan pertama oleh Ryan yang dengan sendirinya seperti akur betapa projek Lynas ini dipolitikkan, tetapi dinafikan selama ini oleh parti pembangkang di negara ini. 

Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Banyak terima kasih untuk buat temuduga ini dengan kami. 

Boleh ke saya tanya Sekarang ini isu Lynas semakin isu politik. Kenapa begitu. Ini patut isu busines saja tapi semakin isu politik. Kenapa menjadi begitu? demikian soalan Ryan. 

Sepanjang tempoh wawancara selama setengah jam itu, tidak pula Ryan menanyakan kepada Adnan mengenai penentangan masyarakat selain Cina khususnya Melayu, terhadap projek yang sama. 

Namun, ini diulas secara manipulasi oleh Ryan dalam bentuk persoalan betapa penentangan yang turut dilakukan oleh masyarakat Melayu ini menurut ayatnya sendiri, Takkanlah mereka juga hendak tolong menolong Negara China juga? 

Sedangkan, seperti Adnan sendiri dan kita sedari, penentangan segelintir masyarakat Melayu di daerah Kuantan ini memang wujud pada permulaan berikutan kefahaman yang rendah dan diputar-belitkan fakta mengenainya oleh puak pencemuh projek ini. 

Bagaimanapun, setelah sesi penerangan dianjurkan termasuklah pemaparan pengakuan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli Mat seorang saintis nuklear, mengenai selamatnya projek ini, penentangan itu semakin mengecil termasuklah dalam kalangan ahli parti pembangkang PAS sendiri! 

Malah, ketika seorang pemimpin sebuah parti pembangkang dari Australia sendiri yang dibawa oleh puak anti-Lynas untuk bertemu masyarakat Melayu di Balok berdekatan kilang Lynas di Gebeng beberapa hari lalu, menerima tempelakan pedih apabila pertanyaannya kepada seorang penduduk mengenai projek itu mendapat reaksi, Kami tak ada apa-apa masalah dengan projek Lynas ini. 

Hakikat ini kita percaya, turut disedari oleh Ryan kerana itulah maka putar belitnya sedemikian rupa agar masyarakat Melayu pula kembali menyokong perjuangan penentangan mereka terhadap projek Lynas ini. 

Satu perkara yang amat dikesali yang tidak dibangkitkan semasa wawancara dengan Adnan ialah mengenai kononnya gejala rasuah yang meluas di negara ini, yang bakal memberikan masalah khususnya apabila berlaku apa-apa kejadian tidak diingini kepada kilang Lynas kelak. 

Yang cuba ditonjolkan ialah mengenai lebih berbahayanya keadaan apabila berlaku sesuatu kejadian ke atas kilang, pegawai penguatkuasa yang berkaitan dengan keselamatan kilang pula akan mengambil rasuah bagi menutup kejadian berkenaan! 

Sungguh biadab ulasan sebegini dan kita percaya, Ryan telahpun dihasut dengan pelbagai maklumat salah mengenai negara ini oleh tidak lain, dalam kalangan rakan sekongkolnya sendiri iaitu parti pembangkang. 

Ulasan sebegini seharusnya membangkitkan kemarahan seluruh jentera penguat kuasa di negeri dan negara ini, dan sesungguhnya kita tidak memerlukan tetamu yang tidak diundang seperti Ryan, untuk berkhutbah mengenainya. 

Dalam entrinya itu juga, Ryan bercakap mengenai beliau akan kembali ke Australia untuk seterusnya menerbitkan satu dokumentari bersiri mengenai industri logam nadir bumi di negara ini, dan meminta masyarakat kita menontonnya. 

Dengan pengalaman putar belitnya terhadap wawancara yang diberikan oleh Adnan kepada manusia bernama Ryan ini, bolehkah kita percaya bahawa dokumentari bersiri itu kelak tidak merupakan satu lagi usaha putar belit besarnya? 

YOPE KEY-DARE, 
Kuantan. 
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Mana dia wakil rakyat PAS yg nuclear scientist tu? Yer, yg hulu langat tu. Panggil dia suruh dia hajar skit si Puziah dan si Ryan nih.

    BalasPadam
  2. betul la... nampak sgt si Fuziah ni pejuang cine je. Pakar kata tak de pape dia lak lebih.... kayu api betul minah ni>

    BalasPadam
  3. TAK ADA MAKNANYA. NAK JADI PEMIMPIN NEGARA DENGAN CARA MEMBURUK BURUKKAN NAMA NEGARA. ITU JAHAT NAMANYA TU !!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping