Belum ada keperluan bagi kerajaan Kelantan menyediakan rumah ibadat untuk penganut agama lain di pasaraya dan stesen bas sebagaimana untuk orang Islam di negeri itu.
Menjawab soalan Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh) dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata buat masa ini keperluan itu belum timbul.
Dalam pada itu, katanya, mulai 18 Oktober lepas, kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Baharu telah mengarahkan pihak pengurusan semua pasaraya di bawah seliannya menyediakan imam di surau masing-masing.
Selain itu, kerajaan negeri juga mahu surau uzur di tempat berkenaan dinaik taraf, katanya.
Menjawab satu lagi soalan Norzula, Takiyuddin berkata pihak berkuasa tempatan sentiasa memantau tahap kebersihan tandas awam seperti di masjid dan stesen bas agar sentiasa dalam keadaan suci dan bersih.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya sentiasa mengadakan program kepada remaja bagi membangunkan sahsiah diri.
"...dan dalam program berkenaan kita dapat lihat ada antara mereka yang menyesal dan insaf," katanya menjawab soalan Norzula yang sebelum itu berkata kerajaan negeri perlu meningkatkan program sedemikian.
"Saya rasa apa yang dilakukan sekarang seperti memberi nasihat sudah tidak bersesuaian lagi dan kalau perlu tahan remaja melepak untuk membanteras gejala tidak baik," kata Norzula. Sumber - Bernama.
Ps: La ish! Punya lama dia memerintah Negeri Kelantan, baru ini dia nak suruh Pasaraya tu sedia Imam untuk surau?
Tapi nama Negeri bukan main lagi. 'Serambi Mekah' konon. Nak jaga kebersihan Masjid pun tak mampu, nak jadi 'Serambi Mekah' macam mana?
Memang sah la. PAS ni sekadar mempergunakan Islam sebagai Alat dalam agenda Politik mereka sahaja. Bukan ikhlas pun nak memperjuangkan agama!!! Semuanya ada kepentingan belaka!!! Pejuang konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Dadah and HIV paling ramai Kelantan..tak tau aku celah mana yg namanya Serambi Mekah..Nik Aziz ko rehat2 lah kat umah tu..bagiu org lain lak jd MB...
BalasPadamish2.. baek ko je la jd mb.. bgs kn? aman kelantan..
BalasPadam