Kadang - kadang tak faham betul la dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang suka cari pasal tak tentu arah. Buat dakwaan sesuka hati.
Niat diorang tak de lain selain daripada nak mencipta persepsi agar rakyat sentiasa memandang serong terhadap Kerajaan sedia ada.
Hari tu, sibuk Si Pak Beramin tu pukul canang kata Kerajaan Negeri Pahang ni dah bankrap. Kononnya, kata dia, Pahang ni banyak berhutang.
Maka sebab tu MB Pahang bentang bajet defisit tahun lepas. Tapi itu kata dia. Pun idea dia tu tak laku jugak sebab Kerajaan Negeri Pahang banyak membantu rakyat.
Lepas dia baca artikel dibawah ni, apa pulak pandangan dia? Adakah dia akan tetap kata yang Pahang ni bankrap? Atau pun dia terkedu sebab MB Pahang betang bajet berimbang?
Jangan dia terkencing dalam seluar sudah la. Inilah masalahnya, Suka sangat buat dakwaan yang bukan - bukan. Kan dah makan diri sendiri. Baru Padan Muka Dia!!!
KUANTAN 5 Dis. - Bajet 2012 untuk negeri ini yang dibentangkan hari ini, mencapai bajet berimbang dengan terdapat lebihan RM1.1 juta dibandingkan dengan Bajet 2011 yang mencatatkan bajet defisit RM68.25 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, untuk Bajet 2012, perbelanjaan mengurus berjumlah RM489.74 juta dan hasil kerajaan negeri dianggarkan RM509.93 juta.
"Ini bererti, terdapat lebihan RM1.1 juta jika dibandingkan dengan Bajet 2011 yang mencatatkan defisit RM68.25 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2012 kerajaan negeri Pahang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang yang ke-12 di sini, hari ini.
Adnan berkata, kerajaan negeri akan menguruskan sumber secara bijaksana, di samping memperkemas penguatkuasaan undang-undang dan peraturan serta melaksanakan penjimatan melalui perbelanjaan yang ketat.
"Tetapi kita tidak akan mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan, ia selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.
Beliau berkata, Bajet 2012 menyediakan peruntukan RM632.9 juta bagi melaksanakan semua program dan rancangan pembangunan kerajaan negeri.
Katanya, peruntukan RM489.74 juta adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM69.74 juta perbelanjaan pembangunan dari sumber negeri dan RM54.43 juta dari pinjaman Kerajaan Persekutuan.
"Ini bermakna, kerajaan negeri Pahang sebagai mana biasa tidak meminjam daripada mana-mana pihak untuk membiayai perbelanjaan mengurus, tetapi kerajaan negeri meminjam (dari kerajaan Persekutuan) bagi membiayai perbelanjaan pembangunan," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga komited untuk melaksanakan perbelanjaan yang lebih mapan di samping memastikan aktiviti ekonomi terus berkembang."Kerajaan negeri tidak bercadang menaikkan cukai tanah dan cukai lain yang membebankan rakyat. Kerajaan negeri akan terus menguruskan perbelanjaan dengan matlamat mengutamakan kepentingan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, katanya, pendekatan Bajet 2012 akan memberi tumpuan kepada empat perkara, iaitu mengutamakan kesejahteraan rakyat, meningkatkan daya saing negeri, memperkasa pembangunan modal insan dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.