Kalau sebelum ni, Semut dah buat satu artikel mengenai Si Nurul Izzah yang disahkan bakal cabut lari dari terus bertanding di Lembah Pantai.
Perkara tersebut telah disahkan oleh blogger Pro Pakatan Pembangkang dengan menyatakan yang Si Nurul Izzah tu tak la sebodoh itu bila dapat tahu yang dia akan kalah.
Dari berita yang kita dengar sebelum ni, katanya kerusi Lembah Pantai akan ditandingi oleh Si Azmin Ali bagi menggantikan Si Nurul Izzah tu nanti.
Tapi, dalam perkembangan terkini, Si Azmin tu pulak katanya dah angkat tangan dan bakal meninggalkan arena politik ni dalam Pilihan Raya yang akan datang.
Mungkin disebabkan sokongan orang di Lembah Pantai dah semakin kurang terhadap PKR membuatkan Si Azmin tu ketar lutut nak bertanding kat situ kot.
Jadi, sebelum dia kalah teruk, adalah lebih baik dia serah diri dulu. Bukan apa. Nanti kalau kalah teruk, mana nak sorok muka oi!!! Malu la Timbalan Presiden Parti Kencing Rakyat kena REJECT!!!
Azmin Ali adalah salah seorang pemimpin PKR yang aktif menggunakan laman sosial twitter. Boleh dikatakan setiap jam beliau akan tweet. Paling kurang pun boleh dikatakan sekali setiap hari pasti akan ada tweet dari beliau.
Yang menjadi misteri kini ke mana hilangnya Azmin Ali sejak 4 hari lepas? Kali terakhir beliau mengemaskini twitter beliau pada 5.Febuary.2012 jam 11.27 malam dengan mengumumkan beliau hendak berhenti dari menjadi wakil rakyat.
Kenapa tiba-tiba Azmin hendak berhenti sedangkan sehari sebelum itu beliau telah bertindak menjadi Menteri Luar tidak rasmi melakukan lawatan kerja ke Turki bagi mengukuhkan hubungan Malaysia-Turki?
Jika sudah berhasrat untuk berhenti mengapa perlu bersusah payah pergi berbincang dengan Kerajaan Turki untuk kukuhkan hubungan kerjasama ?
Mengikut maklumat yang kami terima pengumuman Azmin untuk berhenti dan kehilangannya dari laman twitter beberapa hari lepas berkait rapat dengan penahanan kekasih Elizabeth Wong di Indonesia. - The Duke's
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.