Sabtu, Mac 31, 2012


Nampak gayanya, Si Ketua Penipu tu bakal menggerakkan satu lagi demonstrasi secara besar - besaran seperti yang telah dilakukannya sebelum ini.

Semuanya bakal mengimbangi apa yang telah berlaku di Negara Indonesia dimana mereka telah meruntuhkan pagar demi Keadilan.

Ianya seperti yang pernah disebut oleh Si Azmin Ali sebelum ini dimana mereka sanggup melakukan perkara tersebut, Meruntuhkan Pagar!!!

Tapi bezanya, Si Ketua Penipu tu bakal ambik tindakan tu sebab harga minyak Negara tidak dinaikkan. Jadi dia buat demo tu untuk menaikkan harga minyak.

Kalau Kerajaan Malaysia tak naikkan harga minyak, apa lagi modal dia nak berceramah nanti? Dia dah tak boleh la nak kata yang dia akan turunkan harga minyak kalau dia memerintah!!!
 
JAKARTA: Penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi di luar kawasan Parlimen Indonesia bagi membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak bersubsidi telah bertindak merobohkan sebahagian pagar kawasan itu petang Jumaat.



Mereka merobohkan pagar sebelah kiri dan kanan pintu gerbang utama Parlimen Indonesia, ketika para wakil rakyat sedang bersidang untuk membuat keputusansama ada meluluskan atau menolak rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak bersubsidi sebanyak Rp1,500 (55 sen) mulai bulan depan.

Kejadian itu memaksa anggota pasukan keselamatan membentuk sekatan bagi menghalang penunjuk perasaan daripada menyerbu masuk ke bangunan Parlimen.

Beberapa kumpulan penunjuk perasaan telah mengadakan demonstrasi di luar bangunan Parlimen sejak pagi ini, dalam tindakan demonstrasi secara besar-besaran hari ini bagi membantah rancangan kenaikan harga minyak itu. 

Polis menyediakan 22,000 anggota pasukan keselamatan termasuk 8,000 anggota tentera bagi mengawal keselamatan dan memelihara ketenteraman awam di ibu negara serta bandar-bandar di sekitar Jakarta. Pasukan keselamatan telah membuat persediaan untuk mengawal keadaan terhadap demonstrasi besar-besaran yang mereka jangka akan disertai 81,000 orang di seluruh negara pada Jumaat.


Di Jakarta, penunjuk perasaan menumpukan demonstrasi di tiga tempat iaitu di luar Parlimen, di Bulatan Hotel Indonesia dan di luar Istana Merdeka, iaitupejabat Presiden Indonesia.

Demonstrasi sama turut diadakan di sejumlah bandar di seluruh negara. Sehingga berita ini ditulis malam Jumaat, persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) belum membuat keputusan mengenai cadangan kerajaan itu kerana dua parti gabungan dalam kerajaan mengambil pendirian untuk tidak menyokong rancangan tersebut.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping