Hebat!!! Memang hebat kalau orang macam Si Khalid Gereja ni pun boleh janjikan syurga, Semut pun tak boleh nak kata apa la.
Sebab dia nama je sebagai pemimpin Islam yang KONONnya nak menegakkan Islam. Tapi, apa pun dia tak buat untuk menegakkan syiar Islam tu sebenarnya.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad pula menegaskan Pas akan tetap meneruskan kaedah tersebut untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ia bukannya rasuah politik dan tidak bercanggah dengan agama Islam.Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, rakyat perlu mengetahui latar belakang calon yang akan dipilih menjadi wakil rakyat mereka, sama ada baik atau sebaliknya.“Jika pengundi salah memilih calon yang zalim dan rasuah mereka tidak mendapat ganjaran syurga,” katanya.Kelmarin, Abdul Rahman berkata, Pakatan Rakyat (PR) sering menuduh BN memberi rasuah apabila dikatakan sering menjanjikan sesuatu sebagai ganti kepada undi.Wakil rakyat dari Umno itu berkata, pemimpin PR selalu terlupa mereka juga menjanjikan pelbagai perkara umpama ‘memberi bulan dan bintang’ sehingga janji itu sukar dilaksanakan.
Selama dia jadi Ahli Parlimen, apa yang dah dia buat untuk memastikan syiar Islam tu berkembang didalam kawasan dia sendiri? Mari kita tengok sikit.
Perkara pertama yang telah dilakukan oleh Si Khalid Gereja ni ialah membantah rampasan arak yang dilaksanakan oleh Bekas Exco Hal Ehwal Agama.
Rampasan itu adalah bagi mengelakkan penjualan arak dibuat dikawasan - kawasan yang majoriti penduduknya terdiri dari umat Islam.
Soalnya, adakah arak itu halal jika dijual kepada orang Islam? Bagaimana pula dengan orang yang menjualnya? Halal jugak ke kalau mereka buat kerja itu?
Itu membawa kepada perkara seterusnya dalam perjuangan menegakkan Islam yang telah dilaksanakan oleh Si Khalid Gereja ni.
Dia juga turut membantah apabila Datuk Dr. Hassan Ali mahu menguatkuasakan larangan bagi muslim bekerja ditempat yang menjual arak.
Alasan dia bagi ialah nanti susah budak - budak tu nak dapat kerja lain. Alasan dia tu seolah - olah menghalalkan mereka mencari rezeki dengan menjual arak.
Kemudian, Si Khalid Gereja ni juga turut menjadi diantara pemimpin Islam yang membenarkan penggunaan kalimah Allah didalam Bible.
Dah jelas yang perkara itu bertentangan dengan hukum syarak. Jadi, macam mana Si Khalid Gereja tu boleh membenarkannya?
Dia juga turut berputar belit apabila didesak agar menyarankan kepada Kerajaan Selangor supaya menutup kilang arak di Shah Alam. Macam - macam alasan pulak yang diberikannya.
Konon kata dia, perkara tersebut tidak termaktub dalam janji - janji Pilihan Raya Umum yang lalu. Nampak sangat la menipunya.
Sekarang, korang tanya balik diri sendiri. Adakah orang yang seumpama ini layak untuk menjanjikan umat Islam syurga Allah S.W.T? Jangan harap la!!! Orang munafik macam ni sebenarnya tak layak nak jadi pemimpin pun!!! Apatah lagi dia nak menjanjikan syurga!!!
Ps: Kalau macam tu, jangan la korang pilih wakil rakyat dari kalangan DAPigs atau PKR dalam PRU akan datang sebab diorang tak menjanjikan syurga!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.