Jumaat, April 27, 2012


Ps: Pemin tenis yang seksi ni cukup malu bila dia mula menjadi tumpuan orang ramai. Tapi berbeza pulak dengan beberapa orang pemimpin di Malaysia ni.

Diorang bukannya malu. Sebaliknya, diorang sengaja mencari helah untuk menjadi tumpuan masyarakat. Dalam erti kata mudahnya, GILA GLAMOUR!!!

Sebagai contoh, Si Ambiga tu. Dulu, sorang pun rakyat Malaysia tak kenal siapa dia melainkan pemimpin PAS yang bantah sokongan Ambiga terhadap isu murtad.

Sekarang, dia menjadi idola kepada pemimpin - pemimpin PAS tu terutama sekali Si Mahfuz Bean yang sanggup sujud dan tunduk kepada dia.

Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah memang dasar pemimpin Pakatan Pembangkang ni suka mencari publisiti murahan. Bukannya untuk memperjuangkan rakyat. Tapi untuk menaikkan nama sendiri je!!!
ANA Ivanovic sudah menghiasi lebih 100 muka depan majalah dan tampil di papan tanda iklan gergasi. Namun setiap kali dia melihat ‘dirinya’ di tempat awam, dia masih tidak percayakannya.

“Seseorang berkata ‘Itulah anda’ tapi saya masih berasa agak pelik, kerana saya berasa, ‘itu bukanlah diri saya yang sebenar, ia adalah orang lain,” kata Ana. 


“Begitu juga apabila saya berjalan di jalanan, di luar daripada suasana tenis dan seseorang mendekati saya meminta untuk bergambar bersamanya, saya sering berasa tidak selesa dan kawan saya sering mengusik saya, ‘Oh, muka anda merah padam lagi, oh, anda terlalu malu.” 

Menghampiri usia 25 tahun, Ana tidak akan meninggalkan gelanggang tenis dalam masa terdekat namun dia sudah memikirkan mengenai masa depannya.


Berlakon? Ia satu kemungkinan. Lagipun rakan senegaranya Jelena Jankovic pernah mengikuti kelas lakonan dan tampil dalam satu dokumentari mengenai kariernya dan Novak Djokovic, rakan karib Ana, melakukan penampilan kecil dalam filem ‘The Expendables 2’ yang dijangka ditayangkan pada musim panas ini.


Akhbar Serbia, Blic melaporkan Djokovic turut menerima tawaran memegang satu lagi peranan dalam filem tidak lama lagi. 

Tapi tidak buat Ana. 

“Saya lebih suka menjalani kehidupan biasa dan saya benar-benar mahu melakukan sesuatu yang berbeza,” katanya. “Saya lebih suka mempunyai seorang suami yang baik dan anak-anak, mungkin dua atau tiga.” 

Ana bagaimanapun tidak akan bersorak gembira sekiranya anaknya mahu menjadi pemain tenis, menyedari betapa sukarnya kehidupan dalam jelajah. 

“Untuk mengenali anak, anda akan melaluinya dan mungkin saya juga menempuhinya bersama mereka, ia bukanlah sesuatu yang menarik,” kata Ana. “Tapi saya akan menyokong apa juga yang mereka mahu lakukan dalam hidup mereka.” 
Categories:

3 ulasan:

  1. DBKL tutup Dataran Merdeka mulai 27/04/2012 6.00 pg hingga 29/04/2012 6.00 pagi. Nampak gaya nya meroyan lah Ambiga dan PAShit.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Demi kepentingan politik, para pejuang PAS n PKR Islam sanggup menyokong Ambiga sedangkan kita semua tahu bahawa Ambiga lah yg mperjuangkan isu murtad. Bertaubatlah wahai umat Islam yg menyokong Ambiga.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping