Jumaat, April 27, 2012


Ps: Si Ketua Penipu ni ingat rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Negeri Sabah ni bodoh sangat gamaknya sehingga dia boleh menipu mereka secara terang - terangan.

Dia tak sedar yang taktik dia tu dah lama diketahui oleh rakyat tak kira dimana sahaja mereka berada. Semua orang dah tau cerita dia tu.

Bak kata pepatah, kalau menipu sekali, mungkin orang boleh percaya. Kalau dah banyak kali, orang masih percaya, maknanya bodoh sangat la orang tu.

Jadi, tak payah la susah - susah Si Ketua Penipu tu nak buat cerita yang bukan - bukan. Buat mengabihkan masa je!!! Orang Malaysia ni bukannya bodoh sangat macam dia!!!
AGENDA DAILY - Masih ramai lagi yang tidak lupa, kisah pembohongan besar 16 September, kini ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih jaja kisah yang sama.
Kononnya terdapat wakil rakyat Sabah yang akan menyertai parti pembangkang sehingga Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengatakan dakwaan Anwar itu seperti sebuah kisah dongeng yang bertujuan mengaburi rakyat terhadap kelemahan PKR.
Rosnah dalam satu kenyataan pada Rabu berkata kenyataan itu menunjukkan Anwar sudah ketandusan modal politik selain hanya mengulangi dakwaan kononnya pakatan pembangkang semakin mendapat tempat di hati rakyat Sabah sehingga ramai yang mahu menyertai parti berkenaan.
"Kami wakil rakyat Sabah tidak akan sama sekali termakan dengan gula-gula Anwar dan konco-konconya yang memang gigih memancing mana-mana wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk menyertai parti pembangkang sebagai jalan mudah untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Dakwaan Anwar itu menunjukkan pakatan pembangkang ketandusan pemimpin yang boleh menjadi wakil rakyat sehingga sanggup mengaburi rakyat dengan mengatakan ada kalangan pemimpin di Sabah akan menyertai mereka," katanya.
Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar, Sabah turut menasihatkan Anwar supaya berhenti bersandiwara dan mengulangi cerita dongeng yang boleh menyebabkan rakyat semakin muak dan mual terhadap pembangkang.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. kalau nwar beli ahli parlimen ka adun ka itu adalah sunat. kalau ahli parlimen atau adun pembangkang lompat bn itu adalah haram - kalau ikut fatwa puak pakatan haram la. rujuk kes perak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping